Pemergian aktor bollywood Sushant Singh Rajput masih menjadi sebutan walaupun sudah lebih sebulan berlalu. Tetapi misteri kematiannya hingga kini belum terbongkar. Ramai orang masih mencari punca Sushant mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh The Indian Express,  Sushant dikatakan telah berulang kali mencari tiga perkara ini di Google pada minggu sebelum bunuh diri.

Ia adalah namanya sendiri dalam laporan berita, nama bekas pengurusnya Disha Salian yang telah membunuh diri pada minggu sebelumnya, dan maklumat mengenai penyakit mental. Perkaran ini didedahkan oleh pegawai polis yang menjalankan  siasatan tentang kematian Sushant.

IKLAN

Pegawai itu mengatakan bahawa pada 14 Jun, bahkan beberapa jam sebelum bunuh diri, dia telah mencari namanya sendiri di google.

Perincian ini muncul dari laporan forensik telefon bimbit dan komputer riba yang diterima dari Makmal Forensik.

Kekasih Jadi Penyebab Kematian

Dalam perkembangan lain, kekasih Sushant,  Rhea Chakraborty dituduh menyebabkan kematian beliau. Terdahulu, ayah Sushant, KK Singh telah membuat laporan polis terhadap Rhea atas tuduhan mengambil harta anaknya.

Tuduhan itu juga dikuatkan apabila laporan bank Sushant Singh Rajput telah didedahkan di mana terdapat transaksi besar untuk menampung kos Rhea Chakraborty dan abangnya, Showik. Penjelasan berikut dilaporkan oleh Murai MY dari Pinkvilla.

Penyata Bank Didedahkan

Penyata bank Sushant Singh Rajput menunjukkan bahawa ada sejumlah wang dari akaun Sushant yang digunakan untuk perbelanjaan Rhea Chakraborty dan abangnya.

Difahamkan Sushant memiliki baki hampir Rs 4 crocre atau setara dengan RM2.2 Juta pada bulan November 2019. Kemudian simpanannya dikurangkan hampir Rs 1 lakh atau setara dengan RM565,707 pada Februari 2020.

Laporan berita itu juga menambah bahawa bayaran itu termasuk tiket kapal terbang dengan harga Rs 81,000 (RM46,000) untuk abang Rhea, Showik Chakraborty. Selain itu, dandanan rambut, alat solek, belanja Rhea dan kos salon yang berharga hampir Rs 1 lakh. Bukan hanya itu, terdapat juga perbelanjaan peribadi untuk Rhea.

Pertuduhan Masih Dalam Siasatan

Sehingga kini, pertuduhan itu masih disiasat. Terdahulu, bapa Sushant melaporkan Rhea kepada polis setelah dituduh mengawal sepanjang hidup Sushant sehingga membuatnya tertekan.

KK Singh juga mendakwa bahawa Rhea menggantikan semua kakitangan Sushant, bermula dari pembantu rumah, pengawal hingga pengurus. Dia juga dilaporkan mengendalikan hal-hal peribadi seperti telefon bimbit Sushant .

Setelah dilaporkan oleh bapa Sushant, Rhea sendiri tiba-tiba hilang. Dipetik dari Bollywood Hungama, salah seorang rakan Rhea cuba menghubunginya, tetapi dia tidak menjawab.

IKLAN