Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Tak Sangka! Rupanya Ini Sebab Yamani Abdillah Tukar Nama

by Khai Azfar
August 5, 2020
191
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak kecil lagi, anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani mencuri perhatian ramai. Kini siapa sangka, Osama Yamani sudah meningkat dewasa dan memilih nama komersil yang baharu, Yamani Abdillah menyambung legasi bapanya.

Nama Osama Jadi Isu 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ‘stage name’ nya itu, menurut Yamani penukaran nama tersebut bukanlah dibuat dengan sengaja. Sebaliknya, dia terlebih dahulu menggunakan nama Osama Yamani dalam industri hiburan. Namun, siapa sangka nama tersebut mempunyai sedikit isu apabila videonya dipadam oleh pihak YouTube dipercayai kerana penggunaan nama ‘Osama’.

“Sebelum ini saya memang gunakan nama Osama Yamani tapi bila saya buat video dan letak di laman Youtube, dalam dua tiga hari selepas itu video saya kena ‘banned’ sebab nama Osama”

Justeru itu, Yamani telah mendapatkan persetujuan daripada Jamal untuk menggunakan nama Abdillah dan turut memberi galakan buatnya untuk meneruskan legasi itu.

“Saya bincang dengan ayah saya, boleh tak kalau saya letak Abdillah di belakang nama Yamani dan ayah beri keizinan lagipun itu merupakan nama ayah saya bukan nama orang lain pun.

Ayah pun beri galakan dan harapnya saya dapat teruskan legasi dia dalam industri walaupun haluan muzik kami berbeza, jika Jamal Abdillah lebih dikenali sebagai Raja Pop, genre muzik saya pula lebih ke arah rock,” katanya kepada Murai.my

Ingin Ikut Jejak Langkah Syafiq Farhain

Yamani kini mengorak langkah ke dalam industri apabila terpilih sebagai salah seorang dari 12 finalis Big Stage 2020.

https://www.instagram.com/p/CDdijKvFuYd/

Ketika ditemui Murai.my di sidang media pengumuman peserta Big Stage 2020 yang berlangsung di The Nicksman, The Starling Mall, Damansara Utama pada petang Selasa, Yamani berkata dia sememangnya menaruh harapan untuk masuk ke dalam Big Stage apatah lagi melihatkan kerjaya salah seorang bintang Big Stage 2019, Syafiq Farhain menyinar selepas menyertainya.

“Saya sebenarnya merupakan peminat Syafiq Farhain. Sebelum saya jadi penyanyi, masa itu saya berada di tingkatan 5 dia dah keluar satu lagu. Dekat situ saya dah pasang angan-angan nak jadi seperti dia.

Alhamdulillah berkat doa ibu saya, sekarang saya di mana..Big Stage ini memang saya aim.Alhamdulillah saya dapat”

Selain Yamani,11 BBNU lagi yang akan beraksi adalah Usop, Qody,Hafiz Zainal, Azzam Sham, Fadh Majid, Amir Hasan,Nana Sheme,Hanie Soraya,Sandra Dianne,dan Farisha Iris.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
osama yamaniYamani Abdillah
https://lomp.at/qaqbf
Share82Tweet46SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem