Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selera

Ini Petua Pilih Daun Limau Purut Untuk Elak Pahit Dalam Masakan

by Aphit J.
August 17, 2020
Ini Petua Pilih Daun Limau Purut Untuk Elak Pahit Dalam Masakan

via Butter Kicap

Share on Facebook

Memasak menggunakan daun limau purut tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Aroma yang terhasil daripada daun limau purut amat sesuai digunakan dalam masakan tomyam, paprik, rendang, masakan berasaskan thai, kerabu dan ada juga yang meletakkan hirisan daun limau purut dalam bihun goreng.

Menurut perkongsian Nasrah Zamzam di halaman Facebooknya, daun limau purut mempunyai beberapa bentuk dan ini adalah cara untuk memastikan daun limau purut agar tidak menghasilkan rasa pahit dalam masakan.

Memilih Daun Yang Berbentuk Lapan

via CDN Rasa

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa daun limau purut mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ada daun limau purut yang jenis besar dan ada yang mempunyai saiz kecil. Bagi mengelakkan rasa pahit dalam masakan, pilihlah daun yang berbentuk angka lapan dan elakkan daun berbentuk lebar.

IKLAN

Membuang Urat Tengah Daun

via Rasa

Selain pemilihan bentuk daun, amatlah digalakkan untuk anda membuang urat tengah daun sebelum meletakkan dalam masakan. Urat daun ini bukan sahaja menggangu masakan anda, malah ianya akan memberikan rasa yang pahit dalam masakan.

Memasukkan Daun Limau Purut Di Akhir Masakan

via Butter Kicap

Bagi yang sukakan aroma daun limau purut, anda boleh memasukkan daun limau purut pada minit terakhir masakan anda. Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan daun dimasak dalam tempoh yang lama dan rasa pahit keluar dari daun limau purut.

Hiriskan Daun Limau Purut Dalam Saiz Yang Kecil

via BP Blogspot

Untuk anda yang rasa terganggu dengan kehadiran daun limau purut dalam masakan, tetapi dalam masa yang sama mahukan aromanya, anda boleh mencuba memotongnya dengan saiz yang agak nipis dan kecil. Pastikan membuang dulu urat tengah, kemudian masukan dalam masakan, pasti anda boleh memakannya tanpa ada rasa gangguan.

Jadi untuk anda yang suka akan aroma daun limau purut, boleh cuba petua di atas untuk mengelakkan masakan anda menjadi pahit.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: elak pahit daun limau purutmasakan menggunakan daun limau purutpetua hilangkan pahit masakan
Share5Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Anis Nabilah dan Dalya Berkolaborasi Memasak Maqlooba, Hidangan Tradisional Palestin
Lokal

Anis Nabilah dan Dalya Berkolaborasi Memasak Maqlooba, Hidangan Tradisional Palestin

by Phic Arman
April 25, 2022

Sempena menyambut bulan yang mulia Ramadan tahun ini, UNHCR,(Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian)  telah mengeluarkan video memasak...

Read more
Wow! Ini 10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor – Edisi Tahun 2022!
Jalan-Jalan

Wow! Ini 10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor – Edisi Tahun 2022!

by Aphit J.
April 10, 2022

Tentunya, kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam. Selain dari memperbanyak amal dan ibadah,...

Read more
Nak Cuba Bufet Mewah Untuk Berbuka Puasa? Di Pavilion Hotel KL Sediakan Masakan Setiap Negeri Dalam Satu Restoran
Selera

Nak Cuba Bufet Mewah Untuk Berbuka Puasa? Di Pavilion Hotel KL Sediakan Masakan Setiap Negeri Dalam Satu Restoran

by Phic Arman
April 7, 2022

Di bulan Ramadan ini, pasti kita tak terbayang-bayang dapat berbuka bersama keluarga di kampung. Tak kira di mana kampung anda,...

Read more
Jom Semak Harga & Sajian Buffet Ramadan Yang Ditawarkan Oleh 10 Hotel Mewah Di Sekitar Selangor & Putrajaya
Selera

Jom Semak Harga & Sajian Buffet Ramadan Yang Ditawarkan Oleh 10 Hotel Mewah Di Sekitar Selangor & Putrajaya

by Phic Arman
April 4, 2022

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan menjelang tiba, dan Kempen Ramadan oleh pihak Tourism Selangor yang dinanti-nantikan kini kembali; kali ini...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  2. 2

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera