Gong Yoo merupakan salah satu pelakon Korea yang masih digilai ramai peminat walaupun sudah berusia. Murai MY difahamkan pelakon itu, yang kini berada di bawah agensi Pengurusan SOOP, lebih suka membincangkan hal kerjayanya.
Awal bulan ini, Allure Korea mengeluarkan video terbaru untuk segmen Allure Fit. Mereka kebiasaannya memperlihatkan rutin kesihatan selebriti terkenal Korea, termasuk atlet. Seorang jurulatih peribadi yang melatih Gong Yoo di gym kemudian mendedahkan cara pelakon itu untuk menjaga tubuhnya agar tetap fit. Tanpa di duga, jurulatih peribadi itu mendedahkan gambar abs Gong Yoo. Seperti apa? Mari lihat foto di bawah!
Dalam episod terbaru Allure Fit, jurulatih peribadi itu membincangkan tabiat Gong Yoo ketika bersenam. Dia kagum dengan penampilan fizikal pelakon itu, yang hampir sempurna. Tidak hairanlah, bintang drama Goblin itu digemari ramai orang.
Selama ini, Gong Yoo jarang menunjukkan bahagian tubuhnya dalam drama atau filem yang dibintanginya. Sehinggakan tidak ramai yang tahu bentuk tubuh badan Gong Yo yang sebenar. Namun, jurulatih peribadi yang telah melatih Gong Yoo telah menunjukkannya kepada orang ramai.
Kemudian, Allure Fit memaparkan sejumlah foto Gong Yoo ketika berada di gym dengan jurulatih peribadi. Siap ada perut six-pack ok!
Sementara itu, Gong Yoo baru-baru ini disahkan akan membintangi siri Netflix terbaru berjudul Squid Game. Siri ini mengenai sekumpulan orang yang mengambil bahagian dalam permainan survival misteri dengan hadiah 45.6 bilion won melalui telefon. Mesti ramai tak sabar nak tengok kemunculan terbaru Gong Yo kan? Sama-sama kita nantikan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.