Sebelum ini, Murai MY ada menyenaraikan pelakon korea yang terlihat lebih muda walaupun berusia 40 tahun. Antaranya seperti Gong Yoo, Go Soo dan ramai lagi.

BACA: Tak Makan Usia! 11 Aktor Korea Terkacak Ini Sudah Melebihi Usia 40 Tahun

Kini Murai MY mahu kongsikan senarai wajah pelakon Korea yang kelihatan lebih muda dari usia masing-masing. Berkat penjagaan dan gaya hidup yang sihat, mereka seperti tidah dimamah usia. B

Berikut adalah 8 pelakon Korea yang sudah melebih usia 50 tahun! tetapi masih kelihatan seksi seperti anak dara. Siapakah mereka? Lihat artikel di bawah seperti yang dilaporkan oleh EONLINE.

8
Via Pinterest

Kim Nam Joo

Aktres ini pernah yang memegang watak sebagai Go Hye Ran dalam drama Misty (2018). Sehinggakan Kim Nam Joo berjaya membawa trofi Pelakon Wanita Terbaik dari Anugerah Seni Baeksang ke-54 yang berprestij.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 50 tahun ini masih memancarkan aura yang elegan dan muda. Dalam pelbagai acara, Kim Nam Joo mempunyai cara tersendiri untuk menonjolkan keseksiannya.

IKLAN
7
Via KDrama Star

Kim Hye Soo

Peminat drama Korea mungkin biasa dengan aktres yang satu ini. Kim Hye Soo dikenali menerusi peranannya yang jahat dalam genre aksi-thriller seperti Signal (2016) dan Hyena (2020).

Walaupun tahun ini akan berusia 50 tahun, pelakon kelahiran tahun 1970 ini membuktikan bahawa stamina dia masih kuat sehingga dia dapat melakonkan watak wanita yang sukar.

Selain itu, wajah awet muda Kim Hye Soo sering memancarkan aura seksi, yang dilihat dari gambar yang diambil.

6
Via Soompi

Lee Young Ae

Lee Young Ae terkenal dengan peranan ikoniknya dalam drama A Jewel in the Palace (2003) ketika memainkan peranan sebagai Jang Geum. Wajahnya yang cantik membuatkan pelakon wanita ini sentiasa memasuki barisan selebriti Korea paling cantik sepanjang masa.

Pada usia 50-an, Lee Young Ae masih kelihatan muda. Walaupun jarang muncul di filem, penampilannya masih cantik sehingga akan terus menarik perhatian orang ramai, melalui pelbagai sesi penggambaran.

5
Via ELLE

Uhm Jung Hwa

Pertama ialah Uhm Jung Hwa. Dilahirkan pada tahun 1969, pelakon dan penyanyi ini sudah memasuki usia 51 tahun. Walaupun begitu, penampilannya nampaknya tidak menua. Dia juga terkenal sebagai salah seorang pelakon veteran yang disegani dalam industri hiburan Korea Selatan.

Sehingga sekarang, dia masih popular kerana dia tidak pernah kehabisan tawaran berlakon dan menyanyi. Pada bulan Ogos 2020, filem terbaru Uhm Jung Hwa berjudul Okay Madam dijadualkan muncul di pawagam.

4
Via Channel Korea

Lee Il Hwa

Penampilan Lee Il Hwa, pelakon yang kini berusia 50 tahun langsung tidak seiring dengan usianya. Wanita ini popular menerusi wataknya sebagai ibu dalam Hyeri Girl’s Day dan isteri Sung Do Il dalam drama popular Reply 1988 (2015).

Beberapa perananyang selalu diingati dapat dilihat dalam My Love from the Star (2013), Doctor Stranger (2014), She Was Pretty (2015), dan Her Private Life (2019).

IKLAN
3

Kim Hee Ae

Nama melonjak naik setelah muncul dalam drama ‘Hits’ The World of the Married. Pasti ramai yang menonton drama ni kan? Kim Hee Ae tetap seksi walaupun dha masuk usia 54 tahun. Aktres yang dilahirkan pada tahun 1966 ini memang berbakat dalam dunia lakonan.

Aktres ini merupakan isteri kepada seorang hartawan, Lee Chan Jin. Dia sering tampil menawan ketika menghadiri acara seperti Anugerah Seni Baeksang ke-56 2020 pada bulan Jun yang lalu.

2
Via Starship

Lee Mi Yeon

Aktres cantik, Lee Mi Yeon juga kelihatan muda walaupun usia separuh abad. Lee Mi Yeon sudah berkecimpung dalam duniahiburan Korea Selatan sejak 1987. Pada usia 50 tahun  dia seolah-olah sebaya denga pelakon berusia 20-an. Kini agak jarang untuk lihat Lee Mi Yeon dalam drama. Kali terakhir, dia berlakon dalam drama hit Reply 1988 (2016). Manakala filem terakhir adalah Like For Likes pada tahun yang sama.

1
Via Kpop AsiaChan

Kim Sung Ryung

AKtres jelita ini dikenali memegan watak sebagai ibu Kim Tan (Lee Min Ho) dalam drama The Heirs (2013)? Nampak muda bukan? Ramai yang masih tidak percaya Kim Sung Ryung sudah memasuki usia 53 tahun.

Tertanya-tanya apakah rahsia awet muda Kim Sung Ryung ? Dia pernah berkongsi rahsia dalam sebuah temubual media. Dia mengatakan bahawa kunci utama adalah mengambil susu soya yang dicampurkan dengan biji rami, menjaga pola tidur, dan postur badan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry