HP Inc. Malaysia melancarkan penambahan terbarunya pada portfolio HP ENVY; iaitu HP ENVY 13, HP ENVY 15 dan HP ENVY x360. Tambahan terbaru pada HP Create Ecosystem ini direka untuk pencipta yang berada di mana sahaja bagi menerokai segala kemungkinan dalam usaha memberi nafas kepada inspirasi mereka.

HP sentiasa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan pengguna yang sentiasa berubah di samping menginginkan peranti yang dapat digunakan untuk bekerja dan bermain.

Pada masa lalu, pencipta harus memilih peranti yang berkuasa tinggi untuk konsep -konsep yang kompleks, atau PC ringan yang boleh dibawa bersama untuk individu yang sentiasa bergerak. Kini, HP mendorong batasan kejuruteraan dan produktiviti kreatif agar setiap orang berpeluang untuk menzahirkan idea mereka ke dunia tanpa mengira identiti atau lokasi untuk mencapai apa yang dianggap mustahil sebelum ini.

IKLAN

Pencipta hari ini berhak menggunakan peranti yang dapat menghidupkan idea mereka secepat trend terkini yang datang dan pergi, tanpa merisaukan tentang bila atau di mana mereka berada.

Dengan laptop dari portfolio ENVY baru, pengguna boleh segera mencipta dengan Microsoft Office Home dan Student 2019 bernilai RM529 yang telah dimuatkan secara percuma. Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja (Accidental Damage Protection) juga ditawarkan selama 2 tahun jikalau kemalangan kecil terjadi untuk ketenangan minda pencipta atas peranti serta karya seni anda. Dengan keutamaan pada kuasa, kelajuan, dan mobiliti, tiada pilihan lain yang setanding dengan komputer riba HP Envy.

HP ENVY: Kuasakan Semangat Anda

1HP Envy 13

Reka bentuk: Reka bentuknya menggabungkan bezel ultra tipis dengan papan kekunci dari tepi ke tepi memaksimumkan kawasan paparan dan papan kekunci. Casis logam yang ringan menawarkan rasa ketukangan yang tinggi dalam casis sudutan logam yang dibina untuk bertahan lama.

Tersedia di semua peranti HP ENVY baharu tahun ini adalah papan kekunci semua dalam satu, yang merangkumi butang yang mudah diakses untuk kuasa, pengatup kamera, mikrofon bisu, pengimbas cap jari, dan HP Command Center.

Cipta: Sebuah peranti hebat yang direka dengan teliti untuk pencipta masa kini – HP Envy 13 dibuat untuk mencipta semasa dalam perjalanan, pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.

Ciri-ciri privasi lanjutan tersedia dengan sentuhan butang, agar pencipta dapat menyimpan idea mereka sehingga ia sedia untuk dikongsi bersama. Butang bisu mikrofon khusus dan pengatup kamera yang tidak dapat digodam mengekalkan ketenangan minda semasa bekerjasama dalam kumpulan.

Paparan 4-sisi, micro-edge memastikan terdapat lebih banyak ruang untuk mencipta agar idea dapat diterokai tanpa had. Bagi profesional yang sentiasa bergerak, PC yang anggun dan ringan ini boleh dibawa dari bilik ke bilik atau berkembara di jalanan dengan mudah.
Audio Envy 13 dibawa ke tahap berikutnya dengan pengalaman bunyi yang kaya serta terperinci dari pembesar suara HP Dual, HP Audio Boost dan penyesuaian khas oleh pakar di Bang & Olufsen.

Windows Ink – mendorong kandungan, idea serta gambar secara semula jadi dengan pengkomputeran berasaskan pen digital. Catatkan nota dengan lancar di Office atau gunakan satu rangkaian aplikasi – Envy 13 memastikan semua idea diberi peluang untuk menyerlah.

Prestasi: HP Command Center mengembalikan kawalan kepada pengguna ke atas karya mereka dengan membenarkan tetapan disesuaikan mengikut prestasi yang anda perlukan.
Dengan Intel® Core ™ Gen ke-10 yang kuat serta memori yang mencukupi, visi kreatif dapat dihidupkan dengan lebih cepat daripada sebelumnya.

HP Fast Charge membawa Envy 13 dari 0 hingga 50% caj dalam tempoh lebih kurang 30 minit. Express VPN menyembunyikan alamat IP dan menyulitkan data rangkaian bagi mengurangkan ancaman godam walaupun semasa menggunakan Wi-Fi awam. HP BIOS Protection memeriksa BIOS PC anda dan memulihkan diri sendiri secara automatik demi ketenangan minda anda.

IKLAN

2HP ENVY 15

Reka bentuk: Reka bentuk minimalis jelas terserlah pada keseluruhan peranti anggun ini, dengan casis aluminium yang canggih serta reka bentuk potongan berlian. Ia juga merupakan ENVY yang pertama dengan lapisan kaca di atas pad sentuh untuk pengalaman sentuhan halus.

Tersedia di semua peranti HP ENVY baru tahun ini adalah papan kekunci semua dalam satu; merangkumi butang yang mudah diakses untuk kuasa, pengatup kamera, mikrofon bisu, pengimbas cap jari, dan HP Command Center.

Cipta: Pencipta menginginkan peranti dengan paparan yang menakjubkan, prestasi yang hebat – ENVY 15 yang baharu menawarkan kesemuanya dengan jangka hayat bateri yang panjang serta ketersambungan.

Karya digital mencapai tahap perincian dan realisme baharu dengan paparan sentuh Definisi Tinggi Penuh. Paparan sentuh membawa kecekapan aliran kerja ke tahap baharu untuk pengalaman yang responsif dan selesa.

HP QuickDrop – eksklusif untuk ENVY 15 yang baharu – memindahkan karya digital, dokumen, nota, laman web, alamat, dan banyak lagi di pelbagai peranti dengan lancar – PC, iPhone, Android, atau tablet.

Prestasi: Penerapan cepat, main semula serta multitugas yang lancar sangat mudah diacapi dengan pemproses Intel® Core ™ i7 Gen ke-10, sehingga NVIDIA® GeForce® GTX1660ti, dan sehingga 32GB Memori DDR4.

ENVY 15 adalah peranti HP ENVY pertama yang menawarkan kawalan terma kelas permainan – ruang wap dan dua kipas 12 volt. Berbanding dengan reka bentuk paip haba tradisional, penyelesaian ruang wap tersuai HP memberikan 33% lebih banyak kuasa pemproses untuk menangani beban kerja yang intensif.

Peranti ini juga dilengkapi HP Dynamic Power, yang membahagikan kuasa secara bijak antara CPU dan GPU; dan, sensor terma IR menyokong Kawalan Prestasi untuk memanfaatkan sepenuhnya kapasiti terma.

Penyimpanan dan penyambungan yang sangat cepat dengan PCIe SSD sehingga 2 TB dan RAID 0 (2xSSD), pemindahan fail 3x lebih pantas menyegerakan ketersambungan dengan Wi-Fi 6 berbanding Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.

Berkarya pada bila-bila masa dan di mana sahaja apabila ilham tiba dengan jangka hayat bateri sehingga 16.5 jam – dan caj peranti dengan pantas menggunakan HP Fast Charge yang memberikan caj 50% dalam masa 45 minit.

3HP ENVY x360 13

Reka bentuk: Dengan penampilan kemas di bahagian belakang dan profil sudutan di sisi, HP Envy x360 13 mempamerkan hasil seni yang elegan dan halus.

Tersedia di semua peranti HP ENVY baharu tahun ini adalah papan kekunci semua dalam satu, yang merangkumi butang yang mudah diakses untuk kuasa, pengatup kamera, mikrofon bisu, pengimbas cap jari, dan HP Command Center.

Cipta: Paparan tepi mikro FHD yang bertenaga dan menghidupkan idea dengan tepat dengan bezel ultra-nipis dan hampir tidak kelihatan dalam reka bentuk yang cantik serta cekap.

Dengan engsel 360 darjah yang boleh disesuaikan mengikut keperluan yang berbeza, pencipta dapat bekerja dalam posisi komputer riba, posisi terbalik, mod khemah, atau membalikkan papan kekunci untuk menggunakannya sebagai tablet.

Prestasi: Pemproses AMD Siri Ryzen dengan Grafik Radeon, storan SSD PCIe 1TB dan HP Command Center, PC ini memberikan prestasi bagi memenuhi sebarang keperluan kreatif.
Peranti ini juga dilengkapi HP Command Center, yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan prestasi PC, kelajuan serta kebisingan kipas, dan suhu luaran dengan hanya menekan sebuah butang.

Berkarya di mana sahaja dengan jangka hayat bateri yang panjang – dan caj peranti dengan pantas menggunakan HP Fast Charge yang memberikan caj 50% dalam masa lebih kurang 30 minit.

Harga dan ketersediaan:

HP ENVY 13 kini dijual dengan harga permulaan bernilai RM4,399.00.
HP ENVY 15 kini dijual dengan harga permulaan bernilai RM5,799.00
HP ENVY x360 akan tersedia bermula dari bulan September dengan harga permulaan bernilai RM3,799.00.

Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.  Untuk membeli peranti ENVY, lawati kedai HP atas talian, atau dapatkannya di wakil penjual sah HP, Lazada and Shopee.