Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Penghuni Kecewa & Terkejut, Kediaman Dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19

by Phic ARMAN
August 7, 2020
78
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya ramai penduduk di sebuah hotel di Petaling Jaya berang kerana kediaman mereka mendapat risiko bahaya gara-gara telah dijadikan pusat kuarantin Covid-19.

Beberapa orang penyewa mengeluh di media sosial dan berasa kecewa setelah mengetahui perkara ini. Mereka memberitahu tidak pernah diberi notis terlebih dahulu mengenai hal itu dari pihak pengurusan hotel.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dipetik dari FMT, seorang pegawai polis memberitahu bahawa lebih kurang 128 orang telah dihantar untuk menjalani kurantin selama 14 hari setelah kembali dari luar negara. Difahamkan mereka ditempatkan di hotel di Damansara Perdana.

“Tidak ada yang diizinkan meninggalkan premis. Hanya penduduk tetap yang dibenarkan masuk, ”- katanya kepada FMT.

Sebenarnya hotel terletak di Damansara Perdana itu juga disewakan kepada penyewa jangka masa panjang.

Salah satu dari penduduknya memberitahu FMT bahawa penghuni bangunan itu mula melihat bas memasuki perkarangan kediaman mereka untuk menurunkan penumpang sekitar jam 5-6 petang.

Bercakap dengan FMT, penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Thanusha itu mengatakan hotelnya yang dikenali dengan nama Qliq Damansara telah berubah menjadi pusat kuarantin setelah menghubungi pejabat kesihatan daerah Petaling ketika dia melihat kementerian kesihatan dan agensi kerajaan lain masuk ke perkarangan hotel yang memakai alat pelindung diri atau PPE.

“Ini sungguh tidak masuk akal! Tidak ada pemberitahuan sebelumnya, baik dari kementerian kesihatan mahupun dari Nadma (Badan Nasional Pengurusan Bencana)”- katanya kepada FMT.

Salah seorang penghuni di situ mendakwa, dia terkejut apabila terserempak dengan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian PPE ketika menaiki lif.

“Saya terkejut ketika masuk ke lif dengan seseorang yang berpakaian PPE dan anda terpaksa berkongsi lif yang sama”- katanya kepada Murai MY.

Pihak Hotel Ada Menawarkan Pakej Kuarantin

Walaubagaimanapun, menurut tinjauan Murai MY di laman sesawang, www.qliqhotels.com, pihak hotel ada menawarkan bayaran harga rata RM180 semalam untuk penginapan yang digunakan sebagai pusat kuarantin Covid-19.

Malah hotel ini dipilih secara rasmi oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi hos kuarantin tetamu yang baru pulang dari luar negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/inw2z
Share34Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem