Peralatan dapur seperti kuali, sudip, periuk dan sebagainya adalah alatan wajib yang perlu ada di dapur anda. Tidak kira diperbuat daripada bahan apa pun, pastinya peralatan ini ada kesannya kepada kita semua.

Menurut halaman Rasa, berikut merupakan senarai peralatan dapur yang bertoksin dan akan membahayakan pengguna.

IKLAN

1Peralatan Dapur Tahan Karat (Stainless Steel) Dan Calar

via Cookware Insider

Peralatan dapur yang diperbuat daripada keluli tahan karat ataupun dikenali sebagai stainless steel selamat digunakan sekiranya masih dalam keadaan elok dan tidak bercalar. Tetapi sekiranya bercalar, bahan ini akan membebaskan mineral seperti besi, kromium dan nikel dalam makanan yang akan menjejaskan kesihatan tubuh pada masa akan datang.

2Peralatan Dapur Tidak Melekat (Non Stick)

via Healthy Cooking

Menurut halaman Rasa, bahan saduran yang digunakan bagi peralatan dapur yang dikategorikan sebagai tidak melekat juga amat bahaya kepada pengguna. Bahan yang dikenali sebagai ‘perfluorooctanic‘ ini akan terkumpul dalam badan dan membahayakan kesihatan.

3Peralatan Dapur Dari Plastik

via She Knows

Semua sedia maklum bahaya peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik tidak tahan haba dan akan mencair jika terkena haba yang terlalu tinggi. Peralatan dari plastik akan mengeluarkan bahan dan gas yang membahayakan makanan anda.

4Peralatan Dapur Dari Kuprum (Copper)

via Amazon

Peralatan dapur yang diperbuat daripada kuprum ini biasanya terhasil daripada campuran logam dan juga nikel. Apa yang dinyatakan di halaman Rasa, kedua-dua bahan asas ini akan membebaskan toksin dan akan meresap ke dalam bahan makanan.

5Peralatan Dapur Dari Alumunium

via AllBiz

Peralatan dapur daripada aluminium sering dijual dalam harga yang murah dan mampu dimiliki. Tetapi perlu untuk anda tahu bahawa bahan makanan yang berasid akan menyebabkan alumunium akan bercampur sekaligus membahayakan kesihatan anda.

Jadi untuk anda yang mahu membeli barang dapur, perlu untuk anda mengetahui bahan asas pembuatan barang ini. Mungkin kesannya bukan sekarang, tetapi pada masa akan datang.