Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Faisal Nasimuddin Kini Terokai Dunia Fesyen?

by Phic ARMAN
August 10, 2020
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Pereka fesyen terkemuka Syomir Izwa Gupta telah berganding bahu bersama usahawan terkemuka Faisal Nasimuddin untuk menonjolkan koleksi pakaian lelaki pertama dari jenama Gupta yang diberi nama.

Gandingan dinamik ini dimeterai sebagai memberi penghormatan kepada warisan nenek moyang kita yang telah mengembara, meneroka serta berniaga di sekitar Kepulauan Asia sejak dahulu lagi. Setiap produk dalam koleksi FN x Gupta Homme 2020 memaparkan kepelbagaian dalam budaya yang tersendiri, direka dan dijahit tanpa menyangkal elemen-elemen sejarah dan gaya.

“Kesenian adalah satu ekspresi individualisme yang paling hebat sekali di dunia. Tidak ada sebarang peraturan yang tetap di dalam fesyen. Koleksi FN x Gupta Homme 2020 adalah gabungan antara individualiti dan gaya peribadi, yang dihasilkan dari usahasama dua orang insan yang sangat bersemangat,” Syomir Izwa Gupta berkata.

Bagi Faisal Nasimuddin pula, usahasama ini menandakan kerjasama pertama beliau di dalam dunia fesyen, dan sebagai satu nilai tambah kepada jenama FN.

“Kerjasama ini adalah sebahagian daripada Inisiatif FN, iaitu sebuah inisiatif yang menghimpunkan wawasan, idea dan harapan. Saya membayangkan pelbagai kerjasama bersama minda-minda terbaik Malaysia untuk meneroka pelbagai peluang yang ditawarkan oleh masa hadapan,” ujar Faisal.

Untuk maklumat lanjut atau melihat keseluruhan koleksi ini, sila lawati syomirizwagupta.com dan faisalnasimuddin.com. FN x Gupta Homme 2020 turut boleh didapati di Syomirizwa Gupta, 282 Lorong Maarof, 58000 Kuala Lumpur dan Robinson’s Four Seasons Kuala Lumpur.

Faisal NasimuddinFN x Gupta HommeSyomir Izwa Gupta
https://lomp.at/w63f4
Share40Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem