Kematian Sushant Singh Rajput masih menjadi sebutan di India kerana munculnya pelbagai spekulasi dan khabar angin. Aktor ini ditemukan mati gantung diri di kediamannya di Bandra, Mumbai, India, pada 14 Jun 2020 lalu.

Menurut laporan dari India.com, awalnya pihak polis telah mengesahkan Sushant meninggal dunia kerana bunuh diri. Namun berdasarkan maklumat terbaru, aktor yang dilahirkan pada tahun 1986 itu disyaki telah dibunuh.

Hal ini telah didedahkan oleh seorang bekas pembantunya baru-baru ini tentang fakta berkaitan dengan kematian Sushant.

IKLAN

Siasatan kematian Sushant sering mengemukakan fakta-fakta terkini yang tidak dijangka. Walaupun dinyatakan bunuh diri, hasil siasatan berdasarkan keterangan saksi mulai dari peguam, ahli keluarga, hingga teman terdekat semakin merujuk kepada pembunuhan.

Sushant bersama bekas pembantu peribadinya Ankit Acharya

Ankit Acharya, mendedahkan bahawa si mati dibunuh

Lebih-lebih lagi, bekas pembantu peribadi Sushant bernama Ankit Acharya, mendedahkan bahawa si mati dibunuh dengan menggunakan tali anjing peliharaannya sendiri.

Ankit dikatakan sangat rapat dengan Sushant dan menyebut bahawa pembunuh itu menggunakan tali anjing peliharaan Sushant untuk mencekiknya hingga mati.

Ankit memberitahu bahawa Sushant adalah seorang yang ceria dan selalu menjalani kehidupan yang positif sebelum Rhea Chakraborty memasuki hidupnya.

Bekas pembantu itu mendedahkan bahawa dia percaya Sushant telah dibunuh. Malah pembunuh itu menggunakan tali anjing peliharaan Sushant untuk mencekiknya. Demi untuk mendapatkan keadilan, Ankit mendesak pelakunya dihukum dan dijatuhkan hukuman mati.

Via Pagol Parrot

Dengan kenyataan dari bekas pembantu itu, ini menguatkan lagi fakta bahawa pelakon itu sebenarnya tidak membunuh diri. Pada masa yang sama polis mula menyiasat laporan bapa Sushant mengenai kekasihnya, Rhea Chakraborty. Malah buku harian atau diari Sushant dilaporkan dirobek oleh pembunuh itu.

Sushant bersama kekasihnya, Rhea Chakraborty

Bintang filem Kai Po Che! ini pernah mempunyai buku harian untuk mengisi aktiviti dan jadualnya untuk masa depan. Kemudian, ini dapat dijadikan bukti kuat untuk mengungkapkan kes kematian Sushant. Tetapi sayangnya, beberapa halaman terakhir buku harian itu terkoyak, atau sengaja dirosakkan oleh pembunuh.

Susulan dari pendedahan  itu, rakan karib Sushant, Shekhar Suman, mendesak agar siasatan oleh Biro Penyiasatan Pusat (CBI) berjalan dengan segera. Seiring dengan siasatan polis terhadap kes kematian Sushant yang masih meninggalkan tanda tanya, kekasihnya, Rhea Chakraborty, juga masih disoal siasat oleh polis.