Knowhere Bangsar, restoran gabungan moden kontemporari, memperkenalkan “Cita Rasa Gemilang”, sebuah menu yang akan membawa tetamu ke pengembaraan gastronomic, menerokai warisan yang kaya budaya dan sejarah bangsa.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Merdeka dan kempen jangka panjang di Knowhere Bangsar, “Cita Rasa Gemilang” adalah satu explorasi warisan Malaysia. Pada bulan Merdeka ini, Knowhere Bangsar menjemput para tetamu untuk memupuk dan menghidupkan semula penghargaan untuk negara kita dengan hidangan-hidangan yang diinspirasi oleh bahan-bahan tempatan yang segar dan popular.

Setiap hidangan Malaysia yang dihidangkan mewakili 13 negeri yang terdapat dalam Malaysia.

Antaranya ialah Bambootiful Char Siew (Selangor), Heaven Mee Kolok ( Sarawak), Pasta Laksam-Mana (Kelantan), Cheesy Lekor (Terengganu), Bahulu Baby (Kedah) dan banyak lagi yang boleh anda nikmati di Knowhere Bangsar.

via Knowhere Bangsar
Pizza Tempeh Teratai
Pearl Of The Orient (Penang)
Chicken Lomak Podeh (Negeri Sembilan)
Sushi Mempelam (Perlis)
Cone Inci Kabin (Malacca)
Coconut Lempeng (Pahang)

Sebagai tambahan bagi menu Merdeka mereka, Knowhere Bangsar akan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuklah sesi Merdeka grill-out pada 23 Ogos, dari petang dan ke atas, hanya  RM65++ setiap pax, serta Merdeka countdown bersama local vinyl DJ collective Disko Santan pada 30 Ogos.

Ingin merasai rasa Merdeka? Knowhere Bangsar terletak di 50, Jalan Maarof, Bangsar. Knowhere Bangsar dibuka setiap hari untuk makan di situ, untuk dibawa pulang, dan penghantaran dari pukul 11 pagi sehingga 12 pagi. “Cita Rasa Gemilang” disediakan setiap hari sehingga 16 September.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry