Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

YonnyBoii & Azlan Typewriter Cipta Sejarah Baru Industri Muzik Malaysia

by Khai Azfar
August 11, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama YonnyBoii kini antara yang hangat diperkatakan. Manakan tidak hampir kesemua single penyanyi muda ini menjadi siulan anak muda apatah lagi ada diantaranya dihasilkan sendiri oleh Yonny.

Menggunakan ‘First Person View’ (FPV) Racing Drone

https://www.instagram.com/p/CDmFupqB9Vm/

Terbaru, Yonny bersama Azlan Typewriter yang berduet menerusi single Kelabu mencatat sejarah baharu apabila muzik video lagu itu merupakan muzik video artis Malaysia pertama yang menggunakan ‘First Person View’ (FPV) Racing Drone. Difahamkan, video tersebut telah mula ditayangkan bermula Jumaat yang lalu. Menurut kedua-dua penyanyi ini, bukan sekadar mempertaruhkan sebuah video muzik yang ‘cantik’ dari segi visual namun dalam masa yang sama mementingkan penyampaian intipati lagu.

Sampai Mesej Tersendiri 

Bagi Yonny, dia gembira dan berpuas hati apabila mesej yang mahu disampaikan di dalam lagu ini akhirnya diterjemah dengan baik oleh pihak produksi. Isu dibuli, tekanan perasaan dan gejolak jiwa digarap bagi meneruskan momentum lagu Kelabu.

“Buli bukan sesuatu yang indah. Ia bukan sahaja mendatangkan kecederaan mental tetapi boleh membawa bunuh diri. Mereka yang melakukan perbuatan tersebut mungkin tidak pernah sedar kesan dan trauma yang dihadapi oleh mangsa.

“Mesej saya mudah, percayalah pembalasan tetap ada. Pada akhirnya si pembuli akan mendapat karma dan mereka akan membuli mental sendiri apabila timbul penyesalan pada kemudian hari,” kata Yonny.

Sejak lirik video dilancarkan menerusi saluran YouTube Indigital Music pada 26 Jun lalu,pelbagai mesej menyentuh hati dititipkan oleh peminat yang pernah merasai pengalaman dibuli serta mempunyai masalah tekanan perasaan. Dikhabarkan kisah yang disampaikan itu mendapat perhatian daripada Yonny dan Azlan yang turut sama bersimpati dengan mereka yang berhadapan dengan isu tersebut.

Azlan Harap Mesej Diterima Dengan Jelas 

Untuk rekod, Kelabu bukan sahaja sekadar gabungan penyanyi dua generasi tetapi turut menyampaikan mesej yang jelas tentang isu masyarakat. Menariknya kempen anti buli turut dilancarkan melibatkan 30 artis dan personaliti media sosial tanah air baru-baru ini.

Membawa mesej untuk menghentikan perbuatan buli yang sudah menjadi barah dalam masyarakat sejak dahulu, rata-rata memberikan maklum balas positif di samping mendapat mesej yang jelas daripada Kelabu.

“Saya berterima kasih kepada barisan artis dan personaliti media sosial yang memberikan sokongan penuh kepada kempen ini. Ini merupakan sesuatu yang positif dan saya mahu momentum ini diteruskan lagi pada masa hadapan.

“Dengan adanya video muzik ini, kami harap mesej lagu ini akan lebih jelas. Ayuh keluar dari masalah dan berhentilah melakukan perkara terkutuk yang boleh memberikan kesan kepada mental dan fizikal,” kata Azlan pula.

Untuk rekod,pembikinan video muzik Kelabu dijalankan pada 13 Julai lalu di sebuah bangunan komersial di Damansara, Selangor. Lagu ini merupakan kerjasama antara Indigital Music dan Universal Music Malaysia.

Youtube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azlan typewriterYonnyBoii
Share19Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  5. 5

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara