Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aizat Amdan Sertai Barisan Artis Dari 6 Negara Dalam Lagu ‘ME ME WE’

by Phic ARMAN
August 11, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat pertama kalinya, barisan artis terkenal dari enam buah negara berbeza ini berkumpul untuk menjayakan kolaborasi untuk mengatasi wabak COVID-19 yang berjudul ‘ME ME WE’.

Lagu ‘ME ME WE’ ini menyampaikan mesej positif dan penuh harapan kepada mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Dengan suara dari enam dunia yang berbeza, lagu ini dipercayai mampu untuk menyatukan khalayak ataupun penonton global.

Barisan artis yang terlibat adalah Ailee dan Ravi bersama dengan kumpulan K-Pop yang sedang mencipta nama iaitu NewKidd yang mewakili Korea Selatan manakala artis yang lain adalah Aizat Amdan (penyanyi popular dari Malaysia), Rahmania Astrini (penyanyi R&B wanita dari Indonesia), Chillies (band popular dari Vietnam), PAAM (penyanyi wanita dari Thailand) dan Quest (penyanyi popular dari Filipina).

Single ini diterbitkan oleh MZMC yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan EXO, Red Velvet dan juga Shinee. MZMC dikenali dengan penghasilan lagu hits K-Pop beliau termasuklah lagu yang bertajuk ‘Ko Ko Bop’, ‘Tempo’ dan ‘Love Shot’ nyanyian EXO. Oleh kerana perintah sekatan perjalanan ke luar negara berlaku di ke-enam negara ini, setiap artis telah merakamkan bahagian masing-masing di studio mereka sendiri dan kemudian disatukan menjadi karya ‘ME ME WE’.

Video muzik rasmi ‘ME ME WE’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Korea pada 30 Julai 2020.

Error happened.
https://lomp.at/z7v86
Share9Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara