Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Personaliti

Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon Akui Sebak Kerana Mahkota Ini

by Khai Azfar
August 13, 2020
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Shweta Sekhon selaku Miss Universe Malaysia 2019 tahun lalu mencetuskan fenomena nya tersendiri dan turut menjadi tumpuan dunia apabila diumumkan sebagai pemenang ‘Miss Universe Best National Costume’. Bagaimanapun terdapat isu yang mana pemenang bagi kategori itu telah beralih kepada Miss Philippines.

Sedia Melepaskan Tiara 

Akui sudah ‘move on’ dari isu tersebut, jelas Shweta dia gembira dengan tumpuan yang diberikan ketika itu. Bukan kerana namanya, sebaliknya kerana membawa imej Malaysia di mata dunia. Kini,gelaran Miss Universe Malaysia yang baharu bakal diumumkan buat salah seorang dari 18 Finalis Miss Universe 2020 pada September ini dan Shweta sendiri sudah sedia untuk melepaskan mahkota itu.

Dedah model cantik ini lagi, dia sememangnya berasa sebak kerana mempunyai kenangan tersendiri bersama tiara mahkota Miss Universe Malaysia yang saban tahun bertukar milik. Menurut Shweta, dia sudah menganggap tiara itu sebagai bayinya tersendiri dan ketika ditemui Murai.my dia turut kelihatan sedikit beremosi ketika menggayakannya.

Kali Terakhir Memakai Tiara Miss Universe Malaysia

Jelas Shweta yang juga Miss World Malaysia 2016, sudah lebih dari 3 bulan dia tidak memakai tiara tersebut apatah acara yang dihadirinya kali ini berkemungkinan kali terakhir dia menggayakannya.

“saya rasa seperti sudah terikat dengannya apatah lagi setiap kali menghadiri pelbagai acara. Rasa seperti seorang yang baru. Saya masih ingat lagi pernah menghadiri sebuah penggambaran seharian dan ketika itu juga saya harus memakainya. Disebabkan itu, saya menggelarkannya sebagai bayi saya”

“Saya juga telah diberitahu bahawa acara hari ini berkemungkinan adalah kali terakhir saya akan memakainya dan saya akui belum bersedia untuk melepaskannya. Apa pun, mereka telah memberikan kata-kata semangat saya kerana saya merupakan antara Miss Universe yang memakainya paling lama dan saya juga gembira kerana sebuah replika khas tiara ini telah disediakan untuk saya” katanya kepada murai.my

Bukan itu sahaja, Shweta juga berkata dia mempunyai kesan parut kecil di kepalanya akibat luka daripada pemakaian tiara tersebut sebelum ini. Biarpun begitu, dia berbangga kerana sekurang-kurangnya terdapat ‘bukti’ dan kenangan manis bersama tiara itu apatah lagi Shweta sendiri merupakan antara Miss Universe Malaysia yang paling lama memakai tiara tersebut.

“Satu perkara yang ramai tak tahu adalah saya mempunyai parut kecil di kepala saya kesan daripada memakai tiara ini. Setiap kali saya menyentuhnya, pasti akan mengingatkan saya pada tiara ini seakan punyai pertalian disitu. Orang mungkin tidak akan faham atau anggap saya tidak matang, tapi saya tidak pedulikannya. Malah saya pernah berkata kepada ibu saya yang saya ingin membuat tatu di situ sebagai tanda kenangan” jawabnya sambil berseloroh

Shweta ditemui Murai.my ketika di Majlis sidang media Habib Meraikan Sambutan Merdeka bertemakan #SokongLokal Bersama Finalis Miss Universe Malaysia 2020 di Ibu Pejabat Habib, Ampang pada tengahari Rabu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: miss universe 2019Shwetajeet Kaur Sekhon
Share26Tweet9SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Habis Berbelanja Puluhan Ribu, Pemilik ChocoAlbab Angkut Lima Bas Rai Ejen Di Singapura
Inspirasi

Habis Berbelanja Puluhan Ribu, Pemilik ChocoAlbab Angkut Lima Bas Rai Ejen Di Singapura

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Usahawan Tempatan Ini Teruja Bersua Tun M Di Kilang & Sempat Kongsi Kata-kata Semangat
Inspirasi

Usahawan Tempatan Ini Teruja Bersua Tun M Di Kilang & Sempat Kongsi Kata-kata Semangat

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Pengasas Sellection Kini Miliki Butik Tiga Lot Di Wangsa 118, Wangsa Maju
Fesyen

Pengasas Sellection Kini Miliki Butik Tiga Lot Di Wangsa 118, Wangsa Maju

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Dr Amalina Menerima Jemputan Dari Raja Britain Ke Istana Buckingham, Netizen Puji- “Cantiknya Baju”
Personaliti

Dr Amalina Menerima Jemputan Dari Raja Britain Ke Istana Buckingham, Netizen Puji- “Cantiknya Baju”

by Phic ARMAN
February 3, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan