Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Menarik! Ini 5 Petua Untuk Elak Nasi Dari Mudah Basi

by Aphit J.
August 20, 2020
235
KONGSIAN
Share on Facebook

Memasak nasi sering dikatakan perkara asas dalam memasak. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, anda tidak lagi perlu mengawal api seperti zaman dahulu, tetapi dengan hanya menggunakan periuk nasi, nasi akan masak kurang daripada 30 minit sahaja.

Tetapi kita sering mengalami masalah apabila nasi yang dimasak tidak tahan lama dan mudah basi. Menurut halaman Instagram Masak30menit, terdapat 5 cara untuk elakkan nasi daripada mudah menjadi basi.

Mengembur Nasi Setelah Masak

via Serious Eat

Salah satu petua untuk mengelakkan nasi menjadi basi adalah dengan mengembur nasi yang telah dimasak. Dengan mengembur nasi, wap udara yang terkurung di dalam periuk nasi akan keluar dan menjadikan nasi tahan lebih lama.

Menjaga Kebersihan Periuk Nasi

via Martha Steward

Menurut halaman Instagram Masak30menit, antara punca nasi menjadi basi adalah berkumpulnya bakteria yang menyebabkan nasi mudah basi. Untuk mengelakkanya, pastikan periuk nasi dibasuh dengan bersih terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Menggunakan Perahan Limau Nipis

via Idea Stream

Selain mengembur dan menjaga kebersihan periuk nasi, menggunakan perahan limau nipis juga merupakan petua yang boleh dilakukan untuk elak nasi mudah basi. Ambil sedikit perahan limau nipis dan percikkan di dalam nasi yang telah dimasak.

Ini bukan sahaja menjadikan nasi tahan lama, malah nasi akan menjadi lebih sedap. Tapi jangan percik terlalu banyak, berkemungkinan nasi akan menjadi masam pula.

Mencuci Beras Sehingga Bersih

via Taste

Apa yang dinyatakan di dalam halaman Instagram Masak30menit, pastikan beras yang dicuci dalam keadaan bersih. Sebaiknya cuci beras dengan kadar salinan air sebanyak 3 kali paling minimum.

Jika beras tidak dicuci dengan bersih, kotoran dan kanji yg terdapat pada beras akan mempercepatkan lagi proses nasi menjadi basi.

Mengawal Kuantiti Air Yang Digunakan

via Sushi Machine

Ini antara masalah yang sering kita alami apabila memasak nasi. Kadang kala nasi yang dimasak menjadi terlalu lembik dek kerana terlebih air dan adakalanya nasi menjadi terlalu kering kerana kekurangan air.

Jadi pastikan paras air yang betul dengan kadar beras supaya nasi dimasak dengan elok dan mengelakkan nasi menjadi basi.

Jadi untuk yang baru berjinak dalam memasak nasi boleh mengamalkan petua ini agar nasi lebih tahan lama dan tidak mudah basi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara elak nasi basipetua elak nasi basipetua memasakpetua memasak nasi
https://lomp.at/bu3vi
Share115Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem