Menyewa hotel yang menyediakan perkhidmatan bersama kolam renang adalah satu bonus untuk penginapnya. Hal ini kerana, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kolam renang. Tetapi perlu diingat, ada beberapa etika penting yang perlu diamalkan sekiranya anda menggunakan kolam renang hotel menurut halaman Kompas.com.
Dilarang Membawa Makanan Dan Memakan Di Kolam Renang
Ramai yang beranggapan bahawa kolam renang adalah tempat untuk berkelah bersama keluarga. Sehinggakan ada yang membawa makanan untuk dijadikkan sajian ketika berada di kolam renang.
Perlu untuk anda tahu bahawa kolam renang adalah kawasan larangan membawa makanan kerana pihak hotel ada menyediakan ruang makan yang sesuai.
Memerhatikan Aktiviti Anak Kecil
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok sekiranya ke kolam renang. Pastikan anda sentiasa mengawal pergerakan dan aktiviti anak anda supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Sebaiknya pilihlah hotel yang mempunyai kolam kanak-kanak.
Kerusi Di Kolam Adalah Milik Bersama
Ini satu tabiat yang kurang senang ketika mengunjungi kolam renang. Ada sesetengah pengunjung seolah-olah telah menetapkan kerusi yang disediakan oleh pihak hotel di sekitar kolam renang adalah milik mereka. Perlu diingat, kerusi tersebut adalah kegunaan bersama dan elakkan meletakkan barang anda sebagai tanda kerusi tersebut milik anda.
Dilarang Membuat Bising Dan Bergaduh
Menurut halaman Kompas.com, kebanyakkan daripada pengunjung yang datang ke kolam renang adalah untuk beristirehat dan merehatkan minda. Jadi elakkan diri daripada membuat bising yang melampau dan mencetuskan kekecohan akibat pergaduhan. Ini adalah etika yang patut dielakkan.
Pastikan Pakaian Kering Sebelum Naik Ke Bilik Hotel
Untuk anda yang mandi di kolam renang, pastikan menukar baju dahulu sebelum naik ke bilik hotel. Sekiranya tiada baju tambahan, pastikan baju dalam keadaan kering dan tiada titisan air kolam renang yang mengekori anda. Ini akan memberikan kesan yang kotor terhadap lantai hotel.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga etika ketika berada di kolam renang supaya kolam renang dalam keadaan yang bersih, cantik dan tenteram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.