Bercakap mengenai hotel, lazimnya orang ramai akan membuat pelbagai persepsi terutamanya dari segi harga yang kononnya dikatakan terlalu mahal.

Makan Sampai Puas! 

Namun tidak bagi hotel yang berstatus 5 bintang ini. Menjanjikan kepuasan dan juga kualiti dari segi penyediaan makanan, Dorsett Grand Subang kini menawarkan promosi makan sampai puas dengan harga cuma RM68 seorang!

IKLAN

Bermula pada Julai yang lalu, dengan harga tersebut pengunjung boleh menikmati lebih dari 40 jenis hidangan yang boleh dipesan. Dikenali dengan sebagai Makanthon, terdapat pelbagai pilihan boleh dinikmati. Namakan sahaja masakan barat, Cina-Muslim dan hidangan Dim Sum yang popular disini menanti para pengunjung bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Syurga Pencinta Dim Sum

Buat yang ingin menikmati makanan tengahari pula, hotel yang terletak di Subang Jaya, Selangor ini turut menawarkan promosi Dim Sum Extravaganza pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Dengan harga RM88 seorang, buat peminat Dim Sum boleh makan sepuas-puasnya aneka Dim Sum yang mempunyai lebih dari 30 pilihan bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Kuih Bulan Kembali 

Bukan itu sahaja, rangkaian hotel Dorsett juga kembali menyediakan kuih bulan yang pernah memenangi beberapa anugerah.

Istimewanya kali ini, hotel Dorsett telah memperkenalkan perisa Durian Musang King dan Bunga Telang yang sememangnya unik untuk dicuba. Untuk mencubanya boleh layari pautan ini dan anda dinasihatkan untuk menempahnya lebih awal untuk masa yang terhad.