Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Tips Untuk Menjimatkan Kuasa Bateri ‘Smartphone’ Anda Ketika ‘Hiking’

by Naddy Joe
August 18, 2020
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Smartphone adalah salah satu gajet yang penting untuk semua orang. Sesiapa sahaja akan membawa smartphone bersama mereka. Begitu juga dengan para pendaki yang ingin merakamkan momen-momen penting semasa mendaki. Kamera smartphone sangat praktikal dan mempunyai pelbagai jenis features setanding dengan DSLR. Namun, halangan yang sering dihadapi adalah ‘bateri cepat habis’. Selain dari adanya powerbank dan solar charger, kita masih harus menjimatkan bateri semasa mendaki. Di sini anda boleh take note cara menjimatkan bateri smartphone semasa mendaki. Stay tune guys!

Rendahkan screen brightness

via wired

Skrin smartphone menggunakan tenaga bateri yang terlalu banyak, anda dapat menjimatkan bateri dengan merendahkan screen brightness smartphone anda. Pilih mod yang rendah, jika anda mengalami kesukaran untuk melihat skrin di bawah cahaya matahari, anda boleh berlindung atau tutup skrin anda dari cahaya matahari.

Elakkan Memainkan Muzik

via sidify

Memainkan muzik dari smartphone anda akan menjadikan bateri smartphone anda cepat habis. Ada yang mengatakan bahawa memainkan muzik semasa hiking membuatkan lebih bersemangat, tetapi kita akan kehilangan bunyi-bunyi alam yang kita tidak akan dapat di tempat lain. Bayangkan semasa anda membuka khemah pada waktu pagi, dan bunyi burung yang riuh ibarat menyambut kita untuk memulakan hari. Ianya satu perkara yang indah! Mungkin anda boleh memainkan muzik setelah selesai melakukan pendakian.

Dual Sim Card? Matikan Salah Satu

Smartphone yang mempunyai dual sim card kebiasaannya memiliki daya tahan bateri yang singkat. Hal ini kerana mencari signal yang 2 kali lebih kuat daripada smartphone dengan satu kad sim. Anda boleh matikan salah satu kad sim yang sukar mendapat signal yang kuat semasa mendaki.

Gunakan Airplane Mode

via help desk geek

Signal di kawasan pergunungan biasanya sangat sukar untuk dapat, hal ini akan membuatkan smartphone akan berkerja keras untuk mendapatkan signal. Proses kerja keras ini membuatkan smartphone anda menggunakan banyak tenaga yang akan mengurangkan bateri. Menetapkan smartphone anda dalam keadaan airplane mode menjadikan semua komunikasi deactivated untuk sementara waktu , yang akan menghalang smartphone anda menggunakan tenaga yang banyak untuk mencari signal.

Gunakan Kamera Dengan Bijak

via getty images

Jangan terlalu kerap untuk review gambar yang anda tangkap tadi, kerana ia akan membuatkan skrin anda menyala terlalu lama dan mengurangkan bateri. Anda boleh membuat review singkat setelah anda menekan shutter pada smartphone anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/jm5ss
Share23Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem