Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

42 Penyanyi Popular Bersaing Dalam Immortal Songs

by Khai Azfar
August 18, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Merupakan sebuah rancangan nyanyian adaptasi dari Korea Selatan pertama yang menghimpunkan 49 orang selebriti tanah air dalam satu program, Immortal Songs bakal disiarkan di TV3.

42 Orang Penyanyi Bersaing 

Menariknya mengenai Immortal Songs ini, seramai 42 orang penyanyi popular akan bersaing menyanyikan lagu-lagu hits 6 orang karyawan lagenda terdiri daripada Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki.

Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs akan membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod. Keenam-enam penyanyi tersebut dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut dengan gubahan lagu berbeza.

Para peminat dan penonton akan dapat melihat penyanyi-penyanyi itu membuat pilihan mereka untuk menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Diadili 8 Orang Juri 

Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri terdiri daripada pihak media akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’ episod tersebut.

Farm Fresh Penaja Utama 

Untuk penonton dirumah pula, mereka berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs pada bila-bila masa antara 9.00 – 10.30 malam ketika Immortal Songs bersiaran. Farm Fresh selaku penaja utama Immortal Songs akan menghadiahkan enam bulan bekalan susu Farm Fresh kepada badan kebajikan pilihan pemenang artis pilihan penonton. Para penonton hanya berpeluang untuk mengundi sekali dalam satu episod sahaja. Persembahan Pilihan Penonton ini akan diumumkan pada setiap hari Sabtu, minggu berikutnya melalui laman media sosial TV3 Malaysia.

Empat Orang Hos

Program ini turut dimeriahkan oleh empat orang hos yang mana di pentas utama akan dihoskan oleh Ain Edruce manakala Amy Mastura,Fad Bocey serta ‘Boss Susu’, Encik Azmi akan memainkan peranan sebagai hos di belakang pentas. Antara penyanyi popular yang sertai Immortal Songs adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel, Stacy, Naim Daniel, Naqiu dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Immortal Songs
Share12Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara