Friday, July 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Baru Tahu! Ini 7 Jenis Gula Dan Kegunaanya Dalam Masakan

by Aphit J.
August 23, 2020
332
KONGSIAN
Share on Facebook

Gula merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur. Kepentingan gula dalam masakan tidak dapat dinafikan lagi samada untuk tujuan bakeri mahupun masakan lauk-pauk harian. Tetapi tahukan anda terdapat 7 jenis gula yang berbeza dan ini kegunaanya dalam masakan.

Gula Melaka

via Wild and Bury

Gula melaka atau dikenali sebagai gula kabung bagi sesetengah pengguna sangat terkenal dalam masakan kuih tradisional Melayu seperti buah melaka dan aneka bubur. Mempunyai fizikal yang agak keras, gula melaka mempunyai rasa lebih sedap bebanding gula merah.

Gula Merah

via Alibaba

Gula merah mempunyai tekstur seolah-olah berpasir yang agak kasar. Warna gula yang kemerahan dan perang ini juga sering digunakan di dalam masakan kuih tradisional Melayu seperti kuih lompang, kasui gula melaka dan sebagainya.

Cara menggunakan gula melaka adalah melarutkannya di dalam air dan tapis untuk membuang kotoran yang terdapat pada gula tersebut.

Gula Perang

via Fitoru

Pasti ada yang tertanya-tanya apa perbezaan gula pasir biasa dan juga gula perang. Gula perang mempunyai struktur yang sama seperti gula pasir tetapi yang membezakannya adalah dari segi warna keperangan dan juga rasa gula yang lebih kuat berbanding gula pasir.

Gula perang seringkali digunakan dalam masakan harian dan juga dalam pembuatan bakeri seperti kek, biskut dan sebagainya.

Gula Aising

via Bigger Bolder

Gula aising merupakan gula yang paling halus dalam kategori gula putih. Untuk makluman, gula aising bukanlah seratus peratus gula, tetapi dalam gula ini mengandungi sedikit campuran tepung jagung.

Gula aising seringkali digunakan dalam pembuatan bakeri seperti aising mentega, pes gula dan juga sebagai hiasan makanan.

Gula Kastor

via The Spruce Eats

Gula kastor merupakan pilihan utama dalam pembuatan bakeri. Mempunyai fizikal yang halus, menjadikan gula kastor mudah dilarut dan sangat sesuai dalam pembuatan kek, pastri, biskut roti dan lain-lain.

Sekiranya anda tiada gula kastor, anda boleh mengisar gula pasir sehingga halus. Ini kerana rasa yang terdapat pada gula kastor adalah sama seperti gula pasir.

Gula Halus

via Louis

Sama seperti gula kastor, gula halus mempunyai struktur yang besar sedikit dari gula kastor, tetapi lebih kecil daripada gula pasir. Masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam pembuatan bakeri dan juga masakan harian anda.

Gula Pasir

via WebMD

Gula pasir merupakan gula yang seringkali digunakan dalam kehidupan seharian. Bermula dari pembuatan air, masakan harian sehinggalah pembuatan bakeri, gula pasir merupakan pilihan yang utama dalam masakan dan sangat mudah untuk diperolehi.

Mempunyai rasa yang sama seperti gula halus, tetapi struktur fizikalnya lebih besar daripada gula yang lain.

Jadi sekarang anda sudah mengenali jenis-jenis gula serta kegunaanya dalam masakan dan pastinya tidak keliru lagi.

jenis gulajenis jenis gulapetua memilih gula
https://lomp.at/xx5ky
Share133Tweet83SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Kopi Premium Bawah RM10? Café Mesra Buktikan Ianya Mampu Dimiliki

by Aphit J.
July 12, 2025

Siapa kata kopi premium mesti mahal? Di seluruh negara, rangkaian Café Mesra tampil membuktikan sebaliknya. Kopi Berkualiti via Madhat Asia...

Read more
Bisnes

Loacker Raikan Ulang Tahun Ke-100 Di One Utama Dengan Penuh Kelazatan!

Tahun ini, Loacker dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-100. Ini menandakan satu abad sejak Alfons Loacker memperkenalkan wafer pertama di...

Read more
by Naddy Joe
July 3, 2025
via Sunway Pyramid
Selera

Tous Les Jours Buka Cawangan Baharu Di Sunway Pyramid & Sunway Velocity

Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours,...

Read more
by Naddy Joe
June 6, 2025
Selera

Nespresso Perkenal ‘Coolest Coffee In Town’ Sempena Musim Panas Ini!

Musim panas ini, ‘tekan main’ bersama ‘Coolest Coffee inTown’—koleksi perisa kopi ais edisi terhad yang baharu dan kembali, aksesori penuh...

Read more
by Naddy Joe
June 4, 2025
#ApaPlan

[VIDEO] Jika Anda Belum Pernah Ke Macau, 5 Perkara Ini Pasti Membuatkan Anda Ingin ke Sana!

Pertama sekali, Murai Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) kerana menaja perjalanan...

Read more
by Amirul Fikry
May 28, 2025
Selera

Jangan Lepaskan Edisi Terhad! Sunshine Perkenal Roti Berkrim Durian Musang King!

Sunshine Bakeries kini mencipta fenomena baharu dengan memperkenalkan Roti Berkrim Durian Musang King, satu sajian edisi terhad yang pasti memikat...

Read more
by Aphit J.
May 17, 2025
Korea

Ayam, Oppa & Kejutan, KyoChon Perkenal Menu Baharu & Rantai Kunci Byeon Woo Seok Edisi Terhad!

Dari barangan eksklusif Byeon Woo Seok ke Puff pedas terbaru dan siri Melona Mocktails yang menyegarkan, ditambah dengan pelbagai promosi...

Read more
by Naddy Joe
May 15, 2025
Kecantikan

Good Virtues Co & Richiamo Coffee Perkenal Minuman Habbatus Sauda

Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untukmenikmati kelebihan...

Read more
by Naddy Joe
May 14, 2025
Jalan-Jalan

[FOTO] Benihana Malaysia Kini Dibuka Di Suria KLCC – Gabungan Tradisi Jepun Dan Persembahan Kulinari

Restoran teppanyaki terkenal dunia, Benihana, secara rasminya membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Terletak di tingkat 4 Suria KLCC, Benihana Malaysia...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 9, 2025
Selera

Nespresso Perkenal Vertuo Creatista, Lebih Mewah & Berinovasi!

Perintis kopi terkenal, Nespresso baru sahaja memperkenalkan Vertuo Creatista, sebuah mesin kopi dengan reka bentuk mewah dan berinovasi, yang kini...

Read more
by Naddy Joe
April 22, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  2. 2

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem