Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff membongkarkan sikap sebenar usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri. Difahamkan Abudi menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik Aliff di Sugeh Hill Resort.
Nampaknya ugutan itu tidak berpanjangan kerana Aliff sudahpun memuatnaik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelakuan tetamu di resortnya yang tidak menjaga etika.
Walaupun wujudnya slogan “The customer is always right” dalam perniagaan, nampaknya Aliff tidak menghiraukan hal itu, malah dia terus nekad untuk membongkar perangai sebenar individu ini yang dianggap cuba menjatuhkan perniagaannya.
Hal ini turut mendapat reaksi dari pelakon Abby Abadi di Instagramnya. Abby telah berkongsi video tersebut di Instagram peribadinya @abby_abadi112. Di ruangan komen, terlihat Abby menjawab soalan netizen yang mendakwa dirinya menyokong Aliff dalam hal ini.
“Kitorang sampai pernah dapat bilik ada anai-anai pun relaks jer. Duduk juga sebab masa tu tiada pilihan , tapi tiada pula nak jatuhkan bisnes orang”- tulisnya
“Ini sampai nak viral-viral kan, atas alasan jumpa lipas dalam peti ais tu pelik sangatlah, rumah masing-masing kadang ada lipas, bersihkan jelah!”- tegasnya
Dalam beberapa komen yang lain, Abby menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi pendapat tentang sikap sesetengah pelanggan bukannya menyokong mana-mana pihak . Mungkin terlalu banyak komen negatif dari pengikutnya, Abby dilihat telah menghapuskan posting tersebut di Instagramnya.
Apa-apa pun, jangan kerana seekor lipas, kita sesama manusia bergaduh ya! Kita doa yang baik baik ajer lah..
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq berkongsi sekeping foto yang tertera sebuah dokumen dipercayai sebuah tuntutan mahkamah.
Aliff Syukri Disaman?
Biarpun...
Menerusi sidang media khas yang diadakan petang semalam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nekad mendedahkan perihal sebenar mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya telah...
Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kenyataan balas berhubung pendedahan dan tuntutan yang dibuat oleh gadis yang dibantunya sebelum ini, Wani Chomel.
Nafi...
Pasangan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mendedahkan perkara sebenar mengenai spekulasi kononnya mereka telah menipu seorang ejen...