Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

5 Tip Pemilihan Pisau Pemotong Untuk Memudahkan Urusan Di Dapur!

by Aphit J.
August 23, 2020
via Niftyreads

via Niftyreads

21
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi kebiasaan bagi anda yang berada di dapur mengalami masalah pisau tumpul, pisau yang tidak tepat dengan bahan yang akan dipotong dan sebagainya. Menurut halaman Rasa, terdapat 5 tip untuk memastikan anda memilih pisau pemotong yang betul dan dapat memudahkan urusan memasak di dapur.

Pemilihan Saiz Yang Ideal

via Niftyreads

Saiz pisau pemotong merupakan antara aspek utama yang perlu diambil kira dalam pemilihan pisau. Pastikan saiz yang dipilih bersesuaian dengan bahan yang akan dipotong.

Sebaiknya pilih la pisau pemotong yang bersaiz dalam lingkungan 8 ke 10 inci kerana saiz ini sangat sesuai untuk semua jenis pemotongan.

Material Bilah Pisau Yang Tepat

via Reviewed

Menurut halaman Rasa, material yang terbaik untuk memilih pisau adalah bilah pisau yang diperbuat daripada karbon tinggi. Elakkan memilih bilah pisau yang diperbuat daripada bahan stainless steel kerana bahan ini mudah tumpul walaupun luarannya nampak berkilat.

Pemegang Pisau Yang Selesa

via Masterchef

Terdapat pelbagai jenis corak dan material untuk pemegang pisau. Ada yang diperbuat daripada silikon, kayu, bahan plastik anti bakteria, sintetik dan sebagainya. Pucuk pangkalnya, pilihlah material yang akan memberikan keselesaan ketika anda memegangnya.

Reka Bentuk Yang Ringkas

via Reviewed

Pastikan pemilihan pemegang pisau yang ringkas dan selesa. Tidak perlu terlampau bercorak sehingga mengangu kerja pemotongan bahan.

Apa yang dinyatakan menerusi halaman Rasa, pastikan pemegang dan bilah pisau yang kukuh untuk mengelakkan daripada tercabut dan membahayakan pengguna.

Sentiasa Menjaga Kebersihan Pisau

via Medium

Untuk memastikan pisau pemotong anda tahan lama, pastikan selepas menggunakannya, lap dengan kain ataupun cuci dan lap dengan kain kering. Elakkan daripada merendam pisau di dalam singki dan bahan pencuci pinggan serta simpan di tempat khas untuk keselamatan isi rumah.

Jadi tidak perlu lagi untuk memiliki pelbagai jenis dan saiz pisau, cukup dengan memiliki satu atau dua pisau yang berfungsi untuk pemotongan semua jenis bahan masakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara menjaga pisaupetua pemilihan pisaupisau pemotongtip pemilihan pisau
https://lomp.at/t7rf4
Share13Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem