Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Nabila Razali Luah Rasa Syukur! MV Peluang Kedua Kini 2 Juta Tontonan

by Khai Azfar
August 21, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan terharu apabila muzik video Peluang Kedua yang baru dilancarkan telah mencatat rekodnya tersendiri apabila mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari setelah dimuat naik di saluran Youtube, sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati.

Dua Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari 

https://www.instagram.com/p/CEFttLOJoEl/

Menerusi carian Murai.my terkini, muzik video tersebut kini meraih lebih dua juta tontonan selepas dua hari dimuat naik. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya!”

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya.

Tampil Versi Rap Dari MK

https://www.instagram.com/p/CEHF43lp0Yf/

Menariknya lagi,lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai teraju utama dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini. Biarpun begitu,Nabila turut tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam,” ujarnya.

Dalam pada itu,dalam Instagram Nabila turut kelihatan dia akhirnya kembali mengikuti perkembangan orang lain. Namun ketika ini dia hanya mengikuti perkembangan MK dipercayai kononnya gimik kepada lagu ini. Di kesempatan itu, Nabila turut berterima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

“Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.

“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” tambahnya.

Lagu Peluang Kedua versi baharu ini boleh didapati di semua pelantar strim bermula pada hari ini.

Nabila Razali Jemput Rakyat Kelantan ke Majlis Akikah Anak Sulung Bersempena Aidiladha

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nabila razaliNabila Razali Peluang Kedua
https://lomp.at/ka08l
Share12Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem