Mungkin ramai yang tak tahu, aktor Bollywood, Ranveer Singh pernah membuat pengakuan yang sangat mengejutkan kepada umum.

Dalam pengakuan beraninya, pelakon kacak itu mengakui bahawa dia sudah hilang teruna sejak dia berusia 12 tahun, atau ketika dia di sekolah rendah lagi.

IKLAN

Hal itu diceritakan kepada Deccanchronicle di mana Ranveer secara eksklusif memberikan beberapa perincian mengenai peristiwa yang dialaminya. Dia telah menceritakan bagaimana dia melakukan seks untuk pertama kalinya pada usia yang sangat muda.

“Saya kehilangan teruna saya pada usia 12 tahun. Pada masa itu saya masih bersekolah. Saya dan beberapa rakan saya berusia 12 tahun ketika ia berlaku. Saya tidak melakukan hubungan seks kerana cinta, nafsu atau apa sahaja. Tetapi itu hanya kerana saya ingin tahu”- kata Ranveer.

Ranveer mengakui bahawa pasangannya bukanlah sebaya dengannya pada masa itu. Wanita itu jauh lebih tua, dan bukan kekasihnya.

“Selepas pengalaman itu, saya menjadi ‘Sifu” untuk rakan-rakan saya. Saya duduk di tempat duduk belakang, dan semua orang mengepung saya, mendengar pengalaman yang saya lalui,”- sambung kata suami kepada Deepika Padukone itu.

Kerana menjadi ‘Sifu’, Ranveer mengakui bahawa dia pernah dibenci oleh ibu rakan-rakannya. Semua ibu bapa menganggapnya sebagai pemberi pengaruh buruk kepada anak mereka.

“Ibu kawan-kawan saya membenci saya. Saya merosakkan anak-anak mereka. Itulah yang biasa mereka fikirkan tentang saya ketika itu,” dia menyimpulkan.