Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Eddy Malmsteen Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik

by Khai Azfar
August 24, 2020
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita yang menyedihkan yang mana pemain gitar profesional, Wan Radzie Wan Othman, 30 atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

Alat Pemanas Air Punca Renjatan 

Lebih menyedihkan, kakak Eddie, Wan Zunira, 32 turut ditemui dalam keadaan terbaring di rumah mereka di Batu 11 Jalan Lama Gombak, manakala seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada Zunira pula ditemui dalam keadaan lemah. Menurut sumber, kesemua mangsa terkena renjatan elektrik tersebut berpunca daripada alat pemanas air.

Berita sedih tersebut turut dikongsi oleh abangnya, Wan Razmie Wan Othman menerusi laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua Adinda saya, Wan Zunira (kiri) dan Eddy Wan Othman (kanan) sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi.

“Kedua jenazah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira kini di ICU selayang kerana terbabit sama,” tulisnya.

Ingin Memandikan Anak 

Wan Razmie berkata, kejadian tersebut berlaku ketika Wan Zunira ingin memandikan anaknya.

“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.

“Perginya seorang adik (Eddy) kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renjatan elektrik.

“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,”

Berita pemergian Allahyarham Eddie turut mengejutkan ramai penggiat seni antaranya seperti Datuk Hattan, To’ki, Joey BPR, Along Exists dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/calx2
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem