Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Oktovia Manrose Akui Trauma Kerana Perkahwinan Terdahulu

by Khai Azfar
August 24, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

8 tahun di dalam industri hiburan membuatkan pelakon Oktovia Manrose,29 lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum.

Enggan Dedah Kisah Peribadi 

https://www.instagram.com/p/B-3XhybgF9l/

Dedah Oktovia, kegagalan dalam rumahtangganya terdahulu membuatkan dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perkembangan peribadi di media sosial dan hanya berbuat demikian sekiranya berkaitan dengan promosi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Sebelum ini saya pernah berkahwin dan bercerai serta mempunyai seorang anak berumur 8 tahun. Mungkin disebabkan kehidupan ketika perkahwinan terdahulu membuatkan saya ingin kekal di zon selesa sahaja dan enggan pergi lebih. Jadi itulah menyebabkan saya jadi macam tak expose sangat. Tengoklah di media sosial, nak post pun jarang-jarang kecuali berkaitan dengan kerja” katanya kepada Murai.my

Dapat Kekuatan Dari Bapa 

Redha dengan segala ketentuannya, Oktovia menganggap ianya merupakan sebagai satu lumrah kehidupan dan akui mendapatkan semangat serta kekuatan dalam menjalani hidup daripada bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan.

” Itu lumrah hidup, kita kahwin dan bercerai saya rasa itu normal. Semua kekuatan yang saya ada sekarang adalah daripada bapa saya. Walaupun jarang berjumpa dan sejak dia berdakwah, dia tidak pernah menghalang saya untuk lakukan apa sahaja. Namun dalam masa yang sama, dia tetap menitipkan nasihat dan berdoa mungkin satu hari nanti akan jadi lebih baik sepertinya, Insyallah”  jelas kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini

Bersedia Sekiranya Ada Yang Serius

Gambar Instagram Oktovia Manrose

Ketika ditanya mengenai adakah dia sedia untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup, jelas Oktovia buat masa ini dia belum bersedia ke arah itu. Tidak menolak sedikit trauma, bagaimanapun Oktovia bersedia untuk membuka pintu hatinya sekiranya terdapat invididu yang sememangnya serius untuk menjadikannya sebagai seorang isteri.

“Mungkin trauma, tapi saya enggan memikirkannya lagi. Tapi sekiranya lelaki itu tidak menunjukkan dia tidak serius dengan saya, selagi itulah saya macam biasa-biasa sahaja dan mungkin sekadar kawan. Saya memang jenis yang sukar untuk tunjuk dekat orang, mungkin belum jumpa calon yang sesuai”

“Saya tidaklah serik dan adakalanya sunyi juga.Tapi mungkin sebab ada anak dan keluarga yang membuatkan saya tidak ingat sangat pasal benda itu. Dalam masa yang sama saya ada berdoa dipertemukan dengan jodoh yang baik dan kalau boleh macam kalau jumpa yang macam itu terus nak kahwin” tambahnya lagi

Oktovia ditemui Murai.my di sidang media pengenalan barisan selebriti yang bernaung di bawah Absolut Talents & Management pada petang Ahad di Connexion, Bangsar. Oktovia pernah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Izat Abdul Rahman sekitar 2011 dan berpisah pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zafarrel bin Mohd Izat,8 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
oktovia manrose
Share18Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara