Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

DC Curi Perhatian! Filem The Flash, Watak Baharu Suicide Squad Diumumkan

by Khai Azfar
August 24, 2020
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Bahagian pertama konvensyen DC Fandome telah pun diadakan pada malam Sabtu yang mana pihak DC telah mendedahkan beberapa filem terbitan mereka yang akan ditayangkan kelak.

The Batman, Wonder Woman & The Flash Buat Peminat Teruja 

Bukan itu sahaja, dalam bahagian pertama ini DC sendiri turut memperkenalkan beberapa watak baharu yang akan muncul dalam filem dan siri mereka. Menerusi konvensyen tersebut, perhatian utama telah diberikan kepada tiga filem DC yang akan ditayangkan mengikut penjadualan mereka.

ICYMI: Robert Pattinson shows no mercy in the first trailer for The Batman. #DCFanDome pic.twitter.com/LFyL6raCOU

— IGN (@IGN) August 24, 2020

Robert Pattinson yang sedia maklum akan memegang watak sebagai Bruce Wayne ataupun Batman telah diperlihatkan ‘trailer’ nya terbaru yang dilihat agak kejam berbanding dengan watak Batman yang peminat sedia maklum sebagai seorang adiwira yang disegani.

Bukan itu sahaja, DC turut membuat kejutan dengan menunjukkan ‘teaser’ filem The Flash pada tahun 2021 yang akan menampilkan ‘comeback’ dua Batman terdahulu. Malah sut The Flash yang terbaharu juga telah direka oleh Batman sendiri.

https://twitter.com/PopCrave/status/1297353592043692033

Turut mencuri perhatian adalah trailer terbaru Wonder Woman 1984 (WW84) yang menampilkan kemunculan watak antagonis Cheetah dalam filem sekual tersebut.

Malah pihak DC turut menunjukkan sebuah logo khas bersempena ulangtahun watak Wonder Woman yang akan menginjak usianya yang ke-80 pada tahun hadapan.

Tajuk Sekual Shazam!, Suicide Squad Diumumkan

Selain tiga filem besar ini, peminat turut teruja dengan beberapa pengumuman lain antaranya seperti tajuk sekual Shazam! yang diumumkan sebagai Shazam!: Fury of the Gods, kemunculan watak Barbara Gordon dan Scarecrow dalam sekual ketiga Titans, logo filem Black Adam diperlihatkan.

Lebih menarik, kemunculan Sandman di Netflix serta perincian watak-watak yang akan muncul dalam sekual The Suicide Squad seperti Idris Elba memegang watak Bloodsport, John Cena mengalas watak sebagai Peacemaker dan Pete Davidson menjadi Blackguard.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
black adamDC ComicsDC FanDomesuicide squadThe Batmanthe flashwonder woman 1984
https://lomp.at/e22p9
Share24Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem