Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Punca Kulit Tangan Menjadi Kering Dan Mengelupas

by Amirul Fikry
August 29, 2020
123
KONGSIAN
Share on Facebook

Kulit pada tangan mungkin akan menjadi lebih kering jika anda terlalu kerap mencuci tangan. Namun bagaimana pula jika kulit tangan mengelupas? Laporan yang dikeluarkan dari Mayo Clinic, banyak keadaan, gangguan atau penyakit yang boleh menyebabkan kulit akan mengelupas. Penyebabnya juga berbeza-beza mengikut pada jenis kulit seseorang. Namun, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana untuk menjaga kelembapan kulit.

“Sebelum tidur pada waktu malam, sapukanlah krim yang lembut pada tangan namun tidak berbau wangi, kemudian sarungkan tangan anda dengan sarung tangan jenis kapas. Ini bertujuan untuk menghidrat kulit tangan dengan lebih mendalam”, kata seorang Pakar Dermatologi di Klinik Cadogan, Dr Anjali Mahto.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan kulit tangan mengelupas. Antaranya adalah:

Sunburn Atau Kulit Terbakar Akibat Cahaya Matahari

via Kompas Lifestyle

Selain wajah, kulit tangan juga boleh terkena sunburn atau terbakar akibat cahaya matahari. Biasanya ketika kulit tangan terkena sunburn, beberapa bahagian lain juga akan turut terkena seperti bahu. Gejala yang dapat dilihat daripada kulit yang terbakar adalah kulit akan menjadi merah, panas dan pedih apabila disentuh dan kulit akan mengelupas.

American Academy of Dermatology mensarankan beberapa cara untuk menangani kulit yang terkena sunburn, iaitu:

  • Segera mandi dengan air yang sejuk, kemudian sapukan pelembap yang mengandungi lidah buaya atau soya untuk menenangkan kulit yang terbakar akibat cahaya matahari.
  • Minum lebih banyak air untuk menarik cecair ke permukaan kulit dan mencegah dehidrasi.
  • Sekiranya kulit melepuh, biarkan ia sembuh terlebih dahulu, dan elakkan dari terus  terkena cahaya matahari.

Menggunakan Produk Yang Mengandungi Bahan Kimia Yang Kuat

via Siakap keli

Jika anda menggunakan pelembap, sabun atau produk penjagaan kulit yang lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat atau keras, ia boleh menyebabkan terjadinya kerengsaan kulit. Ini akhirnya boleh mengakibatkan kulit di tangan akan mengelupas.

Keadaan seperti ini biasanya berlaku pada kulit yang kering dan sensitif kerana kulit kering mudah kehilangan minyak semula jadi. Hal ini akan menjadi lebih serius sekiranya produk penjagaan kulit yang digunakan mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Gejala selain kulit menjadi terlalu kering ialah kulit juga akan menjadi gatal, merah dan pengelupasan yang serius.

Elakkan juga dari memakai sabun atau produk lain yang mengandungi pewangi tambahan atau alkohol serta bahan lain yang dapat memberikan kesan yang teruk pada kulit dan kulit tangan mengelupas hingga menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius.

Keratolysis Exfoliativa

via SehatQ

Kulit tangan yang mengelupas boleh menjadi gejala kepada penyakit kulit yang lain. Laporan yang dikeluarkan dari Dermnet NZ, keratolysis exfoliativa boleh berlaku apabila terdapat pengelupasan pada tapak tangan. Walau bagaimanapun, penyebab penyakit ini masih tidak dikenal pasti. Ini ada sejenis penyakit genetik dan penjagaan rapi harus diberikan untuk melindungi kulit dari kerengsaan.

Ekzema

via OhBulan

Masalah pengelupasan kulit lain yang boleh dikaitkan adalah seperti ekzema. Gejala dari ekzema adalah seperti kegatalan kulit, kekeringan , kemerahan dan keradangan. Anda harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Biasanya doktor akan memberi krim atau salap steroid untuk mengurangkan keradangan pada kulit. Pelembap adalah krim terbaik dan sebagai langkah pencegahan ekzema.

Psoriasis

via Stanford University

Tidak seperti ekzema, bentuk psoriasis yang dapat dikenali dari tompokan merah, kering dan gatal pada kulit yang menebal dan disebut sebagai plak. Pengelupasan kulit pada tangan juga boleh terjadi ketika anda mengalami psoriasis.

Psoriasis adalah keadaan ketika tubuh menyerang sel-sel kulitnya sendiri dan seterusnya menyebabkan pembaharuan kulit menjadi sangat cepat. Psoriasis boleh dirawat tetapi bergantung kepada jenis dan parahnya gejala yang dialami.

Kesan Ubat-Ubatan

via Get Healthy Stay Healthy

Tindakbalas terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap individu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil boleh menjadi salah satu punca kulit tangan menjadi kering, bersisik dan mengelupas. Antara contoh ubat adalah seperti untuk tekanan darah, penisilin, ubat untuk kekejangan.

Reaksi Alergi

Alergi adalah penyebab lain kulit mengelupas. Mungkin juga anda menghabiskan sesuatu, menggunakan kosmetik atau pencuci pakaian baru yang mempunyai kesan reaksi alergi pada kulit.

Kulit biasanya akan mengalami kerengsaan ringan atau ruam atau yang lebih serius, kulit akan mengelupas. Bagi kulit muka pula, kesan pengelupasan boleh terjadi akibat daripada jangkitan biasa seperti selesema dan batuk yang teruk.

Penggunaan Pelembap

via Gayatempo.co

Bagi mengatasi kulit yang mengelupas di tangan anda, salah satu cara yang mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan menggunakan losyen pelembap tanpa wangian. Menggunakan pelembap yang sesuai setelah mencuci dan mengeringkan tangan anda dapat membantu mengekalkan kelembapan.

Pelembap yang mengandungi bahan-bahan seperti shea butter, lactic acid, hyaluronic acid ternyata dapat membantu melembapkan kulit kering. Atas sebab ini, jika pengelupasan kulit pada tangan masih terjadi dan mungkin ianya disebabkan oleh gejala lain, anda perlu segera berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan.

kulittangankering kulittanganmengelupas sebabkulittanganbermasalah
https://lomp.at/xk0cc
Share52Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem