Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Anak Dara Tua Bahagia! 7 Aktres Korea Ini Dedah Alasan Tak Mahu Berkahwin

by Zaidin Albert
August 25, 2020
125
KONGSIAN
Share on Facebook

Park Shin Hye, Song Ji Hyo, dan Kim Hye Soo antara aktres jelita berasal dari Korea Selatan yang pernah mengungkap masih belum bersedia untuk berkahwin. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka pasti mempunyai alasan tersendiri kerana perkahwinan bukanlah perkara yang mudah.

Selain daripada tiga nama terkenal di atas, masih terdapat sebilangan selebriti wanita Korea yang masih enggan mendirikan rumah tangga. Ada pihak yang merasakan bahawa mereka belum bersedia dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya di industri hiburan.

Diringkaskan dari Allkpop, berikut adalah 7 pelakon terkenal Korea yang tidak mahu berkahwin.

Kim Hye Soo

View this post on Instagram

A post shared by 김혜수•Kim Hye Soo•金憓秀 (@kimhyesoo_signal)

Dalam sebuah wawancara, bintang drama Hyena ini mendedahkan bahawa dia tidak kisah  untuk terus menjadi anak dara tu, selagi terus bersikap produktif dalam menghasilkan karya.

“Mungkin menyenangkan untuk hidup sebagai seorang isteri. Tetapi akan sama menyenangkannya jika saya tinggal sendirian,” kata Kim Hye Soo dengan yakin.

Sepanjang kerjayanya dalam seni, Kim Hye Soo  dikenali sebagai pelakon berkarisma dan ikon wanita yang kuat.

Moon Geun Young

VIA ZImbio

Sebab utama mengapa Moon Geun Young tak bersedia untuk berkahwin adalah kerana dia masih mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan. Sekiranya pelakon itu mula berumahtangga, dia bimbang jika urusan yang dilakukan akan lebih menyulitkan.

Pelakon berusia 33 tahun itu berpendapat, kehidupan selepas berkahwin tidak bermaksud  seseorang akan berhenti mengejar impian. Moon Geun Young sebenarnya bimbang akan keluarganya kelak. Dia tidak mahu meninggalkan suami dan anak-anaknya ketika dia harus keluar melakukan perkara yang dia mahukan.

Song Ji Hyo

View this post on Instagram

A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)

Bercakap tentang hal perkahwinan, Song Ji Hyo mengakui bahawa dia terbuka untuk sesiapa sahaja jika dia bertemu dengan orang yang tepat. Namun, pada masa ini, membina keluarga belum menjadi keutamaan. Hos rancangan Running Man ini juga merasakan bahawa dia belum cukup bagus menguruskan dirinya sendiri.

“Masih sukar untuk mengurus diri sendiri, jadi saya tidak dapat menguruskan orang lain sekarang. Saya baik-baik saja dengan gaya hidup saya sekarang. Kecuali akan ada seseorang yang boleh mengubah fikiran saya. Pada masa ini, saya sangat gembira. Saya suka menghabiskan masa dengan anjing saya, ”kata bintang utama drama Was It Love itu.

Choi Yeo Jin

VIA AsianWiki

Seterusnya model dan aktres Choi Yeo Jin mendedahkan bahawa ada sesuatu “untuk menyerah” ketika memutuskan untuk berkahwin. Dia merasa tidak bersedia mengorbankan dirinya untuk suami dan bayinya.

Dia secara ringkas menyebut gaya hidup Korea, yang tidak mengutamakan perkahwinan sebagai perkara wajib yang mesti dilakukan. Oleh itu, Choi Yeo Jin berharap agar orang di luar sana dapat bersikap lebih terbuka dengan gaya hidup yang berbeza, bagi mereka yang benar-benar tidak mahu memulakan rumah tangga.

Sunny SNSD

VIA KBI Zoom

Anggota kumpulan gadis SNSD, Sunny, juga mengakui bahawa dia lebih suka menjadi bujang. Dalam pelbagai kesempatan, artis di bawah SM Entertainment ini secara terbuka menyatakan bahawa dia belum berminat untuk menjalin hubungan serius dengan seseorang.

Oleh itu, Sunny berharap masyarakat tidak menjadikan status dan perkahwinan sebagai penanda aras bagi seseorang.

“Bercinta atau Berkahwin adalah pilihan tetapi tidak pernah menjadi syarat,” katanya dalam sebuah program televisyen.

Park Shin Hye

View this post on Instagram

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

Aktres cantik yang satu ini sering mendapat pertanyaan bila hendak berkahwin. Dalam wawancara dengan media tempatan, KpopHerald menyebut alasan bintang drama The Heirs masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Nampaknya, dia mengalami trauma di masa lalu yang membuatnya takut untuk berkahwin.

“Saya tidak tahu sama ada orang lain menyedarinya atau tidak, mungkin ya, saya pernah mengalami hati yang terluka. Saya sebenarnya juga takut. Saya pernah bermimpi tentang perkahwinan, tetapi melihat orang di sekeliling saya, saya fikir, perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, “katanya.

Kim Seo Hyung

View this post on Instagram

A post shared by 김서형 (@kim_seohyung)

Pelakon berusia 46 tahun ini telah menyatakan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Pada satu kesempatan, pelakon drama SKY Castle ini berpendapat bahawa dia telah berkahwin dengan kerjayanya sendiri sebagai pelakon. Dia juga tidak mempunyai rancangan untuk bercinta dalam waktu terdekat.

Kim Seo Hyung kemudian mahu terus fokus untuk mencintai dirinya sendiri. Dedikasinya untuk bekerja dapat dilihat dalam bidang lakonan. Salah satu watak ikoniknya adalah ketika dia berlakon sebagai Coach Kim dalam drama SKY Castle (2018).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tak Sangka, Rupanya Ramai Pelancong Malaysia Lakukan Kesilapan Ini Ketika Bercuti Ke Korea Selatan
Anak DarabujangChoi Yeo JinHyenaKim Hye SookoreaMoon Geun Youngperkahwinanrunning manSKY CastleThe Heirs
https://lomp.at/g7db5
Share54Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem