Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

KFC Perkenal Durian Balls Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia 2020

by Khai Azfar
August 26, 2020
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Hanya beberapa hari sahaja lagi Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-63. Bersempena dengan hari bersejarah negara, KFC turut berkongsi sejarahnya tersendiri menerusi menu-menu yang diperkenalkan.

Cheezy Wedges Hanya Di Malaysia 

Tidak ramai yang tahu, bahawa menu Cheezy Wedges tidak boleh didapati di mana-mana negara selain di Malaysia. Wedges kentang yang garing di luar dan lembut gebu di dalam, kemudian dilimpahi dengan sos keju signature KFC yang berkrim dan lazat ini sememangnya kegemaran rakyat Malaysia selain sering dicari oleh para pelancong dari luar negara yang menyenaraikannya dalam makanan-untuk-dirasai bersama makanan-makanan Malaysia yang lain.

Bebola Durian Untuk Masa Terhad 

Dengan itu, KFC telah memperkenalkan kombo Cheezy Cheezy Malaysia baharu mengetengahkan Cheezy Wedges disamping makanan kegemaran rakyat Malaysia yang lain: Whipped Potato KFC, ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy KFC. Bukan itu sahaja, KFC turut memperkenalkan Bebola Durian buat waktu terhad sebagai pelengkap pencuci mulut.

Ianya adalah bebola bertekstur kenyal yang berintikan 100% durian D24 premium asli. Eksklusif dengan setiap pembelian Cheezy Cheezy Malaysia, pelanggan boleh dapatkan Bebola Durian secara ‘add-on’ dengan hanya RM3.90.

Diskaun RM6.30

Untuk waktu terhad, Cheezy Cheezy Malaysia dilancarkan pada hari ini dengan harga bermula daripada RM15.50.

Bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, pesanan yang dilakukan melalui laman web dan aplikasi KFC Malaysia akan menikmati diskaun sebanyak RM6.30 (perbelanjaan minimum RM25) dari 26 Ogos – 16 September 2020 dengan menggunakan kod baucar: MERDEKA63. Cuma muat turun aplikasi KFC atau log masuk KFC.com.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kfcKFC Durian Balls
https://lomp.at/vwvbw
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem