Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Azhar Sulaiman Mohon Maaf Isu Anak Main TikTok Dalam Kelas

by Khai Azfar
August 28, 2020
Share on Facebook

Semalam nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona menjadi trending di laman Twitter selepas teruk dikecam dan ditegur oleh warganet gara-gara merakam aksinya bermain aplikasi TikTok.

Bukan Buat Ketika Sedang Belajar

Difahamkan rakaman tersebut dibuat Leona ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya. Bagaimanapun, Leona telah menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut dan berkata rakaman tersebut dibuat ketika masa lapang dan bukanlah ketika sedang belajar seperti yang didakwa ramai. Menerusi carian Murai.my terkini turut mendapati bahawa akaun Twitter Leona telah pun dipadam.

Azhar Mohon Maaf 

Terbaru, di laman Instagram nya, Azhar tampil memohon maaf secara terbuka. Jelas Azhar, dia sedia maklum bahawa ramai warganet marah dengan tindakan anaknnya itu dan turut tidak menyangka namanya akan turut terpalit.

View this post on Instagram

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Menjengah ke ruangan komen, pengikutnya mengharapkan agar Azhar dapat mendidik anak-anaknya dengan baik apatah lagi menjaga maruah diri serta agama. Biarpun begitu,tidak kurang juga segelintir daripada mereka beranggapan ianya adalah lumrah biasa buat anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Untuk rekod, Leona turut mempunyai seorang kembar lelaki, Andika Rees Pahamin yang mana mereka pernah tular suatu ketika dahulu kerana mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak azhar sulaimanazhar sulaimanKasih Iris Leona
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara