Peti sejuk umpama ‘jantung’ di bahagian dapur. Oleh sebab itu, peti sejuk harus dijaga agar sentiasa bersih. Ini bagi menjaga kualiti makanan agar lebih kekal segar dan peti sejuk juga akan berfungsi dengan lebih baik dan dapat menjimatkan elektrik.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti sejuk untuk memastikan ia kekal bersih dan kemas. Di sini, kami senaraikan 7 petua mudah yang perlu anda tahu untuk membersihkan dan menyusun atur barangan di dalam peti sejuk.

Mulakan Dari Awal

Jika sudah lama anda tidak membersihkan peti sejuk, ini adalah masa yang sesuai untuk anda lakukannya! Lakukan pembersihan secara mendalam dengan membuang semua serpihan atau sisa makanan dan kotoran yang tertumpah di setiap rak dan sudut peti sejuk. Kosongkan semuanya dan mulai dengan mengelap setiap rak, chiller dan kesemua bahagian dalam peti sejuk dengan air sabun atau pembersih serbaguna yang sesuai.

Dengan cara ini, semua kotoran, bakteria dan kuman dapat disingkirkan dan dibersihkan. Lakukan perkara yang sama di bahagian sejuk beku juga.

Lapikkan Pelapik Atau Placemats Di Setiap Rak

via Siakap Keli

Ada 2 kebaikan yang boleh kita perolehi dengan meletakkan pelapik atau placemats di setiap rak di dalam peti sejuk. Pertama, pelapik yang diletakkan dapat menyerap cecair yang tertumpah dan juga dapat menyerap air dari buah dan sayuran yang disimpan. Kedua, placemats yang diletakkan juga akan menyerap kelembapan tambahan dan dapat menjadikan bekalan yang disimpan akan kekal segar dengan lebih lama.

Ikut Arahan Pada Peti Sejuk

Cuba ikut arahan pada manual di peti sejuk yang direka khas bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar dan selamat selama mungkin. Sesuaikan tempat menyimpan makanan di dalam peti sejuk mengikut fungsinya.

Contohnya, untuk bahagian sejuk beku, makanan yang sesuai disimpan ialah daging, ikan, ayam dan juga ais batu. Kita boleh menyimpan makanan ini dalam bekas plastik atau plastik vacum agar tahan lebih lama.

IKLAN

Untuk bahagian sayur juga boleh dilakukan dengan cara yang sama contohnya membalut sayur dan buah di dalam aluminium foil dan disimpan didalam bekas tertutup dan diletakkan di bahagian khas untuk menyimpan sayur dan buah-buahan. Ada juga sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh disimpan di bahagian freezer dengan menggunakan kaedah yang sama seperti menyimpan daging.

Jauhi Dari Bau Yang Tidak Menyenangkan

via Keluarga

Walaupun dibersihkan dengan baik, kadang-kadang peti sejuk masih lagi mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bergantung kepada apa yang ada di dalamnya. Untuk mengatasi masalah ini, letakkan sedikit baking soda di dalam bekas dan tempatkan di rak bagi membantu untuk menyerap bau busuk. Tandakan tarikhnya dan tukar setiap 3 bulan. Atau anda boleh juga beli anti penyerap bau yang khas untuk peti sejuk yang di jual di pasaran.

Simpan Makanan Di Dalam Bekas Kedap Udara

via Rasa

Susunkan bekas yang lebih tinggi di bahagian belakang dan yang lebih rendah di bahagian hadapan. Ini bagi memudahkan kita untuk melihat dan mengambilnya. Gunakan bekas atau botol yang boleh dilihat atau labelkannya bagi memudahkan kita atau ahli keluarga tahu akan isi kandungan yang di simpan di dalam peti sejuk.

Jangan Lupa Bahagian Luar Peti Sejuk

Hampir selesai. Setelah membersihkan bahagian dalam, pastikan anda juga tidak mengabaikan bahagian luar peti sejuk. Keluarkan semua magnet, gambar atau nota di bahagian luar peti sejuk, dan lapkan seluruh bahagian sehingga bersih. Yang paling penting adalah pada bahagian pemegang pintu sejuk yang disentuh beberapa kali dalam sehari. Bahagian ini sepatutnya dibersihkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin harian.

Menjaga Dan Menyelenggara

Cuba bersihkan atau mengatur peti sejuk anda seminggu sekali atau setiap kali selepas anda membeli belah. Sekiranya anda terlalu sibuk, cukup dengan hanya sebulan sekali bagi memastikan keadaan di dalam dan luar peti sejuk sentiasa bersih dan kemas.

Peti sejuk yang dijaga dengan rapi juga akan memberikan pengudaraan yang baik dan akan membantu bahan-bahan yang disimpan kekal segar.

Semoga perkongsian tip mudah pengurusan peti sejuk ini dapat memberi manfaat, ispirasi dan panduan untuk semua pembaca Murai.My. Adalah lebih baik jika dijadikan pembersihan peti sejuk sebagai rutin mingguan kita.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry