Kita sering lihat banyak jenama telefon pintar menghasilkan pelbagai cara untuk membuat telefon bimbit dengan skrin nipis. Salah satunya adalah dengan meminimumkan ruang kamera selfie di hadapan.

Tetapi pengeluar telefon pintar ZTE mempunyai pendekatan yang berbeza. Syarikat dari China ini melancarkan telefon bimbit terbarunya, ZTE Axon 20 5G, yang dilengkapi dengan kamera depan yang tersemat di bawah permukaan skrin.

IKLAN
VIA GSM Arena

Sekaligus ia menjadi telefon pintar dengan kamera selfie dalam skrin pertama di dunia yang dilancarkan ke pasaran.

Untuk “menyembunyikan” kamera di skrin, ZTE bergantung kepada kaca khas. Kaca ini dirancang sedemikian rupa sehingga dapat menghasilkan piksel dan warna yang sesuai dengan layar utama.

Walaupun kamera ini tertutup di bawah skrin, kaca ini didakwa masih dapat membiarkan cahaya memasuki lensa kamera, sehingga sensor dan algoritma dapat menyerap cahaya dan digunakan untuk mengambil gambar.

VIA GSM Arena

Berdasarkan reka bentuk, Axon 20 5G membawa skrin 6.92 inci dengan resolusi Full HD Plus. Di belakang, terdapat empat kamera yang disusun secara menegak, termasuk kamera utama 64 MP, kamera ultrawide 8 MP, kamera makro 2 MP, dan kamera sensor kedalaman 2 MP.

Di China, Axon 20 5G hadir dalam varian warna hitam, putih, ungu dan oren. Telefon ini dibeli pada harga terendah 2,198 yuan untuk varian 6 GB / 128 GB. Tidak pasti sama ada telefon ini akan dijual di luar China atau tidak.

[Sumber GSM ARENA]