Memasak dengan menggunakan dapur gas kadangkala memakan masa yang lama. Hal ini sekaligus menyebabkan penggunaan sumber gas sewaktu penyediaan makanan akan meningkat.

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan penggunaan gas di dapur menjadi lebih jimat.

IKLAN

1Memastikan Penutup Periuk Sentiasa Ditutup

via Genier

Ini merupakan tip mudah yang kita jarang lakukan. Dengan menutup lauk masakan dengan penutup periuk, haba dari dalam periuk tidak dibebaskan begitu sahaja sekaligus dapat menjimat tempoh memasak makanan.

2Menghidupkan Dapur Sejurus Memulakan Masakan

via Trusvelle

Perasan ataupun tidak, kita seringkali lupa untuk menutup api dapur sebelum memasak dan kadangkala sambil memasak kita akan memotong bahan-bahan masakan yang lain. Namun sedar ataupun tidak, perbuatan ini menyebabkan penggunaan gas meningkat.

Jadi salah satu cara yang terbaik adalah dengan memastikan semua barangan dan alatan memasak telah disediakan terlebih dahulu.

3Memadam Dapur Gas Lebih Awal Dari Kebiasaan

via The Beet

Kadangkala setelah siap masak, kita seringkali berasa was-was dengan bahan protin dalam masakan samada sudah masak ataupun tidak. Disebabkan risau makanan tidak dimasak, kita akan lebih cenderung untuk menambahkan tempoh masakan untuk memastikan bahan dimasak dengan baik.

Anda boleh cuba dengan mengamalkan memadam dapur lebih awal dari kebiasaan dan biarkan makanan dimasak dengan sendiri di dalam periuk anda.

4Memasak Dengan Menggunakan Periuk Seramik Atau Periuk Kaca

via Leclair

Memasak dengan menggunakan periuk seramik atau periuk kaca lebih jimat jika dibandingkan dengan memasak menggunakan periuk keluli tahan karat.

Ini kerana material seramik dan kaca tidak memerlukan suhu kepanasan yang tinggi berbanding keluli tahan karat. Jadi waktu memasak dapat dijimatkan dan sumber penggunaan bahan api dapat dijimatkan untuk penyediaan hidangan.

5Penyediaan Bahan Masakan Terlebih Awal

via VOX

Selain peralatan memasak, penyediaan bahan utama masakan juga turut penting. Pastikan penyediaan makanan lebih awal untuk mengelakkan penggunaan gas.

Mungkin untuk menjimatkan masa dan penggunaan gas, anda boleh merendam beras 30 minit lebih awal, merendam bahan kekacang semalaman dan sebagainya.

Oleh itu, anda bolehlah cuba petua di atas supaya gas dan bahan pembakar dapat dijimatkan dengan sebaiknya dan ini sekaligus dapat menjimatkan duit poket anda.