Seperti yang kita sedia maklum, negara melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2020. Ini bermaksud bahawa sempadan pintu masuk negara masih ditutup dan kita tidak dibenarkan untuk keluar negara.

Bagi yang telah bercuti ataupun merancang untuk bercuti mengelilingi Malaysia, ada berita baik untuk anda. Kerajaan telah mengumumkan pelepasan cukai individu sebanyak RM1000 seorang.

Pelepasan Cukai Sah Untuk Pelancongan Domestik Sahaja

via CNN

Seperti yang dinyatakan dalam Pakej Ransangan Ekonomi 2020, pelepasan cukai ini hanyalah untuk pelancongan domestik sahaja. Jadi sementara negara dalam tempoh PKPP, inilah masa yang sesuai untuk anda pergi bercuti.

Pelepasan Cukai RM1000 Sehingga 31 Disember 2021

via PENJANA booklet

Seperti yang dinyatakan di dalam Booklet PENJANA, pelepasan cukai untuk perbelanjaan pelancongan berjumlah RM1000 ini sah sehingga 31 Disember 2021. Jadi anda ada masa sehingga tahun depan, jadi manfaatkan sepenuhnya.

Mengambil Kira Semua Perbelanjaan Pelancongan

via Economic Times

Pasti ada yang masih tertanya-tanya jenis resit yang perlu disimpan dan resit jenis apakah yang termasuk dalam kategori perbelanjaan pelancongan. Perbelanjaan pelancongan ini termasuklah tiket masuk, bayaran penginapan, bayaran hotel, bayaran parkir dan sebagainya.

Jadi untuk anda yang merancang untuk bercuti dalam Malaysia, jangan lupa untuk menyimpan semua resit anda. Mana tahu boleh digunakan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di www.hasil.gov.my ataupun laman sesawang PENJANA.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry