Penyanyi Billy yang sebelum ini sinonim dengan duo Billy Zulkarnain kini tampil solo mempertaruhkan single pertamanya berjudul Cinta.

Nine Beri Sokongan Penuh 

Meskipun mempunyai kerjaya tetap, namun itu tidak menghalang Billy atau nama sebenarnya Sheikh Ahmad Rabily bin Sheikh Abdul Rahman untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Menolak dakwaan mempunyai masalah dengan Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Nine, menurut Billy rakannya itu kini terikat dengan komitmen lain dan turut memberi sokongan penuh ketika dia menyuarakan hasrat untuk bergerak sendiri. Bagaimanapun, jelas bekas ahli anggota kumpulan Phyne Ballerz ini duo mereka hanya berehat untuk seketika dan tidak tolak kemungkinan akan muncul kembali pada suatu hari nanti.

“Kami tidak mempunyai masalah apa-apa malah dia memberikan sokongan penuh untuk single ini”

“Untuk tampil solo, tidak janggal malah dalam Phyne Ballerz sebelum ini pun hanya saya dan Nine yang jadi lead singer jadi sudah terbiasa. Saya punya kehidupan kini pun sebenarnya jarang untuk bersosial dengan rakan-rakan yang lain kerana masa saya agak terhad. Jadi saya selesa untuk bergerak solo dan okay dengannya” kata Billy ketika ditemui Murai.my di majlis pelancaran single Cinta di Damansara.

Bercakap mengenai lagu ini, jelas Billy ianya merupakan hasil karyanya tersendiri dan idea untuk menghasilkan lagu tercetus ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

IKLAN
View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulilah, syukur saya kehadrat Ilahi, single solo pertama saya telah berada di semua platform digital. Bermula dari hanya suka-suka menggubah lagu, ianya membuahkan hasil yang saya tidak jangka. Saya amat bersyukur kerana diberi ilham yang tidak diduga dan diberikan kemudahan dalam mempersiapkan karya solo pertama saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak pengurusan saya, indigital music, antof production, para pemuzik juga penyusun muzik, dan juga semua yang terlibat dalam menjayakan lagu ini. Tidak lupa juga yang paling penting, isteri saya dan keluarga yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya, rakan rakan serta semua peminat peminat yang tidak henti henti memberikan dorongan dan galakkan. Terimalah lagu #CINTA ini untuk semua. -Stay calm and be positive- @indigitalmusic @billyrabilyfanclub @trovatokl #billycinta #cinta #cinta2020 #cintaidirianada #newsong #newsingle #loveyourself #thisisbilly #billygoessolo #billysoloproject #billyrabily #billyrabily2020 #billysolo #billyrabilyfanclub #soloperformer #letsdothis #comeback #staypositive #inspiration #staysafe #stayfocus #mcoinspiration #trovatoklentertainment #indigitalmusic #songwriter #composer #staycalmandbepositive

A post shared by Sheikh Ahmad Rabily Al-Mahrus (@billyrabilyalmahrus) on

Bernaung di bawah labelnya sendiri menariknya mengenai lagu Cinta, video muzik lagu ini telah diarahkan oleh Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

Cinta sudah dilancarkan secara rasmi melalui semua platform digital mulai 28 Ogos 2020 manakala video muziknya mula dimuat di saluran YouTube bermula semalam (3 September 2020).

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry