Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf menerusi hantaran di laman Instagram nya telah menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berikutan gambarnya telah digunapakai tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat.

Gambar Diguna Pakai Tanpa Kebenaran 

Lebih mengejutkan, bukan sahaja gambarnya, malah gambar beberapa pendakwah lain turut menjadi mangsa syarikat ini kononnya ingin menarik pelanggan di media sosial. Difahamkan, gambar-gambar tersebut digunapakai bagi tujuan iklan pelaburan.

Fikir Nasib Orang Lain 

Jelas Asyraf, pada mulanya dia enggan mengambil peduli mengenai iklan tersebut. Namun, setelah memikirkan nasib orang lain terutamanya golongan warga emas yang mungkin menjadi mangsa syarikat itu, membuatkan dia mengambil tindakan selanjutnya.

“Sudah banyak kali sebenarnya gambar saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab di dalam iklan mereka. Memang saya tidak pedulikan pada mulanya.

“Namun apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, mak cik, pak cik di kampung yang melabur tanpa tahu kesahihannya membuatkan saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya.

View this post on Instagram

Selesai buat laporan polis. Selepas ini akan ke SKMM insya Allah. . . Sebenarnya banyak kali isu penggunaan nama dan gambar saya tanpa izin oleh pihak tidak bertanggungjawab berlaku. Pada asalnya saya tidak mengendahkannya. . . Tapi apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, makcik pakcik di kampung, abang2 adik kakak yang melabur tanpa mengetahui kesahihan akaun pelaburan. Maka saya mengambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis. . . Diharap kepada mereka di luar sana periksa dan berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpama ini. Bukan sekali dua. Tetapi terlalu banyak dalam pelbagai akaun berlainan. Diharap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Sekian.

A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf) on

IKLAN

Dalam pada itu, Asyraf turut mendedahkan akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan isu tersebut.