Seorang bekas Ratu Cantik Rusia telah ditangkap oleh polis kerana telah membuat cubaan membunuh dengan menikam pekerja pasar raya.

Natalya Dolganovskaya, 32, dikenalpasti menerusi CCTV melakukan keganasan terhadap gadis itu memukulnya dengan tikaman.

IKLAN

Kelakuan kejam Natalya dapat dihentikan apabila seorang jurujual lain berjaya memisahkannya dengan mangsa. Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, leher, muka, tangan dan tulang punggung.

[Sumber Video: Youtube Schengen Story News]

Nasib baik, kecederaan itu tidak mengancam nyawa mangsa setelah mendapat rawatan intensif. Seorang saksi yang melihat tindakan ganas Natalya mengatakan bahawa dia tiba-tiba mengamuk dan menjerit bahawa dia membenci wanita. Jurujual itu menjadi mangsa kerana berada pada masa dan tempat yang salah. Natalya melarikan diri, tetapi akhirnya ditangkap oleh polis.

Natalya dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Rusia pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun. Kemudian, berkahwin dengan ahli politik. Mereka bercerai setelah enam tahun berkahwin. Ibu Natalya, Eleanor Pimenova memberitahu NTV bahawa anak perempuannya mengaku diikuti makhluk halus.

“Natalya mengatakan dia merasakan syaitan telah menempel padanya,” kata Eleanor.

[ Sumber DAILYMAIL ]