Melancong ke negara orang merupakan pengalaman yang pasti memberikan keseronokkan apabila dapat melihat sendiri budaya dan kehidupan negara asing. Kadangkala salah satu cara untuk mengabadikan kenangan adalah dengan menangkap gambar.
Tahukah anda, terdapat 5 negara yang melarang gambar diambil sesuka hati dan ini adalah antara negaranya.
Korea Utara
Korea Utara adalah negara yang sangat ketat dari segi peraturan dan undang-undang. Jika anda ke sini, segala tindak tanduk anda akan diperhatikan. Kesalahan mengambil gambar sesuka hati boleh menyebabkan anda diheret ke penjara.
Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Menurut DubaiOFW.com, di UAE terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira jika ingin mengambil gambar sekitarnya. Antaranya mengambil gambar dan membuat hantaran ke sosial media tanpa kebenaran, mengambil gambar struktur bangunan seperti istana, bangunan kerajaan dan sebagainya. Tindakan ini juga akan menyebabkan anda akan dikenakan tindakan undang-undang.
England
England antara tempat idaman untuk pergi melancong. Dengan struktur yang menarik dan suasana yang ‘instagramable’, pasti semua lokasi kita mahu abadikan dalam gambar. Tapi jika anda ingin mengambil gambar di Trafalgar Square dan Parliament Square, anda perlu mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar London terlebih dahulu.
Jepun
Masyarakat di Jepun percaya bahaya mengambil gambar kuil atau patung-patung secara sesuka hati dapat menganggu semangat patung tersebut. Jadi mengambil gambar seperti ini adalah dilarang sama sekali.
Korea Selatan
Sama seperti UAE, Korea Selatan juga turut sensitif mengenai budaya dan rakyat mereka. Di sana, jika anda mengambil gambar gadis tanpa persetujuan mereka, ini merupakan kesalahan besar dan dianggap sebagai kesalahan yang serius.
Jadi untuk anda yang bercadang untuk ke negara di atas, perlulah berhati-hati ketika mengambil gambar. Jangan dek kerana sekeping gambar, percutian anda terganggu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.