Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Rasa Pengalaman Menaiki ‘Sleeper Train’ Di Malaysia

by Aphit J.
September 16, 2020
3.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Perjalanan yang mengambil masa lebih dari lima jam kadangkala boleh memenatkan dan membosankan. Jadi untuk anda yang ingin mencuba pengalaman baru dengan menaiki kereta api, anda boleh mencuba ‘sleeper train’ kerana kereta api seperti ini ada menyediakan kemudahan tempat tidur dan pasti tidak membosankan dan menjanjikan pemandangan yang memuaskan.

Merasa Pengalaman Menaiki Kereta Api Lama

via Railway Gazette

Menurut perkongsian Azreen Yunus, menaiki kereta api yang dikenali sebagai The Jungle Train seperti ini merupakan pengalaman baru baginya dan ini merupakan salah satu alternatif bagi anda yang ingin mencuba pengalaman menaiki ‘sleeper train’ seperti di negara luar.

Dapat Melihat Pemandangan Yang Indah

via Snapshot

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 12 jam ini pasti tidak membosankan kerana anda akan disajikan dengan pemandangan hutan dan gunung ganang yang sangat mengasyikkan. Bukan itu saja, kereta api ini akan merentas 4 negeri dalam tempoh 12 jam tersebut. Menarik!

Menyediakan Kemudahan Yang Lengkap

via KTMB

Kereta api ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu first and second class untuk yang berkatil dan third class untuk kerusi ekonomi. Selain katil persendirian, kereta api ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tandas dan kafe untuk anda chill dan mengisi perut.

Cara Pembelian Tiket Yang Mudah

via KTMB

Apa yang dikongsikan oleh Azreen Yunus, bagi anda yang ingin mencuba, perlu diingat bahawa perjalanan ‘sleeper train’ ini hanyalah terdapat untuk perjalanan ke Pantai Timur sahaja. Anda boleh membeli tiket hanya di laman sesawang KTM Berhad, dan pilih destinasi tujuan anda.

Perjalanan Merentasi Negeri Pantai Timur

via KTMB

Seperti yang dinyatakan di atas, perjalanan ini hanyalah untuk ke arah pantai timur sahaja. Bagi perjalanan ke utara, hanya kereta api ETS sahaja disediakan. Alternatif lain, anda boleh menaiki ETS dari KL Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan dan tukar ke Kereta Api Pantai Timur ataupun menaiki bus ke Kuala Lipis atau Kluang dan menukar kepada kereta api ini.

Sangkut 3 Jam, Gelagat Penumpang Tren Turun Masuk Semak Curi Perhatian- "Tiba Join Kem Jati Diri"

Jadi apa lagi, jom cuba pengalaman menaiki ‘sleeper train’ dengan menghayati keindahan Malaysia!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
4
kereta api berkatilkereta api pantai timurKTMBktmb intercitymalaysia sleeper trainthe jungle train
https://lomp.at/iwgu3
Share1320Tweet817SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem