Industri seni sekali lagi dikejutkan dengan khabar berita yang menyedihkan yang mana pelakon veteran Idris Mat Diah, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Tidak Sedarkan Diri 

Menerusi perkongsian media tempatan, Allahyarham Idris atau nama sebenarnya Mohd. Idris Mohd. Diah, 61 tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi. Namun ketika pasukan perubatan tiba di rumahnya bagi memberi rawatan, mereka telah mengesahkan Allahyarham telah pun meninggal dunia pada jam 2.30 pagi.

Dikebumikan Sebelum Zuhur 

Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama 7 Hari Mencintaiku merupakan antara pelakon veteran yang masih aktif berlakon sejak 1990-an. Selain drama yang mencetuskan fenomena itu, Idris yang sinonim dengan watak sebagai bapa dan datuk itu turut membintangi beberapa drama popular lain seperti Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan banyak lagi.

Difahamkan, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong, sebelum Zuhur hari ini.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry