Sunday, March 26, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Qody Kongsi Kenangan Tatap Kali Terakhir Wajah Sandra Dianne

by Khai Azfar
September 14, 2020
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne ternyata memberi kesan buat rakan-rakan seperjuangan di dalam Big Stage 2020.

Sempat Bacakan Yasin 

Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang daripada mereka Qody Rany yang mana sehingga ke hari ini masih terkejut dan seakan tak percaya dengan khabar berita tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Qody Rany (@qodyranyy)

Menganggap Sandra sebagai rakan yang cukup periang, akui Qody tersimpan pelbagai kenangan bersama. Qody ketika ditemui Murai.my berkata dia dan rakan-rakan yang lain bergegas ke hospital pada awal pagi Jumaat bagi menatap wajah rakan mereka dan memberi penghormatan yang terakhir. Malah mereka juga berkesempatan untuk membaca yasin ketika berada di sana.

“Pada mulanya saya ingatkan tak dapat masuk bilik mayat.Rupa-rupanya ketika itu keluarga Arwah sudah sedia ada disitu dan memberi keizinan saya masuk. Kawan-kawan dia pun ada cakap dan berterima kasih dekat saya ‘Qody terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk Sandra’. Saya pun macam terkejut dan bertanyakan ‘kenapa?’ Rupa-rupanya arwah ada berkongsi pada kawan-kawan yang lain bahawa dia selesa dan gembira berkawan dengan saya. Itulah antara moment yang saya tidak akan lupa”

“Masa dapat perkhabaran dia kemalangan, saya masih tak percaya. Betul ke dia kemalangan? Saya minta gambar baru saya percaya”

“Saya buka pintu (bilik mayat), baru saya tersedar arwah dah tak ada. Bila masuk ke situ, saya lihat muka dia kelihatan begitu bersih dan dalam hati saya doakan ‘Sandra aku doakan hang moga ditempatkan bersama orang yang beriman dan ditempatkan di syurga Insyallah’. Lepas daripada itu, saya memang tak tahan dah dan ajak Fahd untuk keluar dan menangis di luar.

“Kali kedua itu, ada yang bertanyakan kepada kami sekiranya ingin masuk semula bacakan yasin. Saya terus ajak Fahd, isteri dan pengurus saya untuk sekali lagi masuk ke dalam kira-kira jam 3 pagi. Itulah kali terakhir saya tatap wajahnya sebelum pulang pada jam 5 pagi” katanya.

Gagal Menahan Perasaan Sebak 

View this post on Instagram

A post shared by Qody Rany (@qodyranyy)

Ketika ditanya apakah faktor yang membuatkan dia begitu sebak ketika ditemubual oleh hos program itu, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad,Qody berkata dia gagal menahan perasaan sebut kerana masih terkesan dengan pemergian sahabat baiknya dan tidak malu untuk menunjukkan reaksi tersebut yang telah menjadi tontonan umum.

Dalam pada itu, Qody turut meluahkan rasa syukur kerana urusan penghantaran pulang jenazah ke kampung halamannya di Sabah dipermudahkan.

“Saya cuba tahan. Saya ingatkan hanya sebak pada awal bercakap tetapi saya sendiri pun tak tahan. Tak apalah malu pun malulah saya tidak kisah dah”

“kami tahu flight penghantaran pulang jenazah adalah pada jam 3 petang namun Alhamdulillah ianya dipermudahkan kerana pukul 11 macam itu dia(jenazah) sudah berada dalam flight” dedahnya lagi.

Selain Qody, hampir kesemua peserta Big Stage 2020 turut membuat persembahan di dalam malam tribute #SandraDalamKenangan. Malah juri tetap, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir serta beberapa rakan seperjuangan Sandra seperti Wani Kayrie, Neeta dan Sufie Rashid juga diundang mendendangkan lagu ‘tribute’ buat Allahyarhamah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 September 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Qody RanySandra Diannesandra dianne meninggal dunia
Share38Tweet20SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

“Mungkin Menyinggung Perasaan” – Liza Abdullah Jelaskan Kenapa Jarang Pergi Bazar Ramadhan
Lokal

“Mungkin Menyinggung Perasaan” – Liza Abdullah Jelaskan Kenapa Jarang Pergi Bazar Ramadhan

by Aphit J.
March 26, 2023
ZAWFAN & Nazrey Johani Hadir Dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim”
Lokal

ZAWFAN & Nazrey Johani Hadir Dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim”

by Aphit J.
March 26, 2023
“Banyak Sangat Berita Negatif Walaupun Bulan Yang Suci” – Fedtri Yahya Ajak Manfaatkan Ramadhan
Lokal

“Banyak Sangat Berita Negatif Walaupun Bulan Yang Suci” – Fedtri Yahya Ajak Manfaatkan Ramadhan

by Aphit J.
March 25, 2023
Elak Kongsi Gambar Makanan Berbuka, Tindakan Nourul Depp Raih Pujian Netizen
Lokal

Elak Kongsi Gambar Makanan Berbuka, Tindakan Nourul Depp Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
March 25, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan