Bukan sahaja wanita, malahan lelaki juga melakukan blepharoplasty atau pembedahan plastik untuk menyingkirkan lemak bawah mata untuk menampakkan wajah agar kelihatan lebih sempurna dan untuk mencantikkan mata.

Kaedah yang dilakukan adalah dengan menarik kelopak mata dan menyedut lemak di kawasan kantung mata. Hasilnya mata akan kelihatan lebih cantik dan segar.

Adakah anda berminat untuk melakukan blepharoplasty atau pernah terfikir untuk melakukannya? Kami di Murai.My ingin berkongsi dengan anda perkara-perkara yang menarik yang perlu anda ambil tahu sebelum melakukannya. Jom kita tengok!

Blepharoplasty Dilakukan Agar Mata Kelihatan Cantik Dan Segar

via Plastic Surgery

Ini adalah sejenis pembedahan kosmetik yang akan memfokuskan bagi menghilangkan kedutan sekitar mata dan juga bengkak atau kantung di bawah mata. Sehingga bahagian gelambir bawah mata ini (saggy eyes) kembali terangkat dan dipulihkan kembali sehingga bahagian mata akan menjadi segar bahkan kelihatan awet muda.

Masa Pembedahan Sekitar Dua Jam.

via Alodokter

Perkara pertama adalah pakar bedah akan melakukan anaesthesia atau bius. Kemudian akan memotong kulit pada lipatan mata, memisahkan lapisan lemak dari kantung mata dan menjahitnya kembali dengan kemas.

Kebanyakannya Pembedahan Ini Dilakukan Oleh Warga Yang Berusia 35 Tahun Ke Atas

Oleh kerana fungsinya adalah untuk menjadikan wajah kelihatan awet muda, maka rata-ratanya blepharoplasty sering dilakukan oleh warga yang berusia 35 tahun dan ke atas. Malahan majoriti yang melakukan pembedahan kosmetik ini adalah lebih tinggi bagi wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

Hasilnya Boleh Bertahan Sehingga Lima Ke Enam Tahun

Seiring dengan bertambahnya usia seseorang, kulit juga akan semakin hilang keanjalannya. setelah menjalani blepharoplasty pertama anda, hasilnya mungkin akan bertahan sehingga 5 ke 6 tahun. Selepas itu, kulit akan kembali kendur dan kantung mata akan terbentuk semula. Namun, untuk hasil yang lebih lama, maka jadual pemakanan, waktu tidur dan gaya hidup yang sihat harus diberi perhatian dengan penjagaan yang lebih teratur.

IKLAN

Muka Akan Mengalami Bengkak Selepas Pembedahan

Ini adalah kesan sampingan selepas pembedahan yang tidak dapat dielakkan. Mata akan menjadi bengkak dan kemerahan. Inilah alasan mengapa ramai yang melakukan pembedahan ini kelihatan sembap dan bengkak.

Pemulihan Atau Proses Penyembuhan Berlaku Dengan Cepat, Sekitar Satu Minggu

Pesakit yang melakukan pembedahan ini akan pulih dengan lebih cepat. Dalam satu hingga dua hari, pesakit akan dapat kembali melakukan aktiviti normal. Bagi pembedahan untuk kantung mata, pesakit hanya perlu memampatkan mata dengan menggunakan ais batu pada 24 jam pertama.  Pakar bedah juga akan memberikan anda antibiotik bagi mengelakkan dari terkena jangkitan kuman.

Kos Pembedahan Dalah Sekitar RM4,800.00 ke RM6,800.00

Hospital atau klinik kecantikan yang berbeza mempunyai harga yang juga berbeza. Harga yang ditetapkan adalah termasuk kos sebelum dan sesudah pembebedahan. Bermula dari kos perundingan oleh doktor pakar, pemeriksaan kesihatan, pembedahan, ubat dan sehinggalah jahitan dibuka.