Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Biarkan Ia Berlalu”- Ajai Dedah Buatkan Lagu Sandra Dianne

by Khai Azfar
September 14, 2020
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer Ajai mendedahkan sebenarnya dia sudah menyiapkan sebuah lagu buat Allahyarhamah Sandra Dianne sejak tahun lalu.

Tidak Akan Berikan Pada Orang Lain 

Bagaimanapun menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 44, lagu tersebut mengalami sedikit kekangan untuk meneruskannya memandangkan syarikat pengurusan Sandra telah bertukar. Meskipun begitu, Ajai berkata biarpun lagu tersebut sudah siap dan Sandra juga telah pergi buat selama-lamanya, dia sama sekali tidak akan memberi lagu tersebut kepada orang lain.

“Ianya adalah lagu balada. Kita dah setuju sebelum ini namun terpaksa dibatalkan kerana pihak pengurusan Sandra bertukar. Tapi lagu itu saya tak akan bagi dekat orang lain kerana bila saya buat ianya adalah custom made untuk penyanyi itu. Jadi saya akan terus simpan lagu ini” kata Ajai kepada Murai.my.

Tajuk Seperti Gambaran 

Dedah Ajai, ini kerana dia percaya suara Allahyarhamah mempunyai ton yang unik dan tersendiri dan lagu berentak balada tersebut juga dicipta khas mengikut gayanya. Dalam pada itu, Ajai juga tidak menyangka judul lagu dibincangkan bersama yang diberi sebagai ‘Biarlah Ia Berlalu’ seolah-olah seperti petanda mengenai pemergian penyanyi berusia 26 tahun itu.

“Ada working title, Biarkan Ia Berlalu. Saya macam terfikir title itu pun seperti menggambarkan situasi yang betul,biarkan berlalu.

Cuma saya tak ada rezeki nak record dengan dia. Arwah ada keunikan tone dan tak semua lagu boleh ngam dengan dia.Kita kena custom made untuk dia dan kena betul-betul ikut tone dia. Kelebihan saya sebab saya dah dengar suara dia ketika turut sama terlibat dalam sebuah program realiti suatu ketika dahulu. Itulah Allah lebih menyayangi dia.

Saya nak pesan kepada peserta lain untuk lebih cekal. Jangan jadikan alasan ini membuatkan kamu tidak boleh move on terutamanya jangan menangis ketika bertanding. Itu akan menjejaskan markah anda” pesan Ajai.

Ajai ditemui Murai.my ketika sidang media usai konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad. Sebagai info, lapan orang peserta Big Stage 2020 yang tinggal iaitu Usop, Azzam Sham, Qody Rani, Fadh Majid, Nana Sheme, Farisha Iris, Dr Hafiz Zainal dan Dinie Rashid secara automatik layak bertanding ke minggu suku akhir pada Ahad depan.

Ajai Ditempelak AC Mizal, Didakwa Cuba Tutup Rezeki 4U2C Gara-Gara Isu Konsert
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ajaiAjai Big Stage 2020Sandra Diannesandra dianne meninggal dunia
https://lomp.at/ypn4k
Share34Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem