Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Macam Macam Ada! Jom Intip Katalog IKEA 2021 Yang Baru Dilancarkan

by Naddy Joe
September 15, 2020
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena hari jadi IKEA yang ke-70, IKEA melancarkan Katalog 2021 yang amat dinanti-nantikan! Sebagai buku panduan untuk kehidupan harian yang lebih baik di rumah, ia sarat dengan idea dan inspirasi yang bermakna, serta menampilkan pelbagai koleksi baharu, kolaborasi menarik, dan penyelesaian yang mampu milik untuk memberi nafas baharu kepada kediaman anda.

Memperkenalkan Koleksi Baharu

via ikea.co.id

Antara tawaran produk baharu ialah JATTELIK, koleksi yang diidam-idamkan semua pencinta dinaosaur! Produk daripada rangkaian ini membolehkan ibu bapa mengubah bilik anak mereka kepada sebuah dunia menakjubkan yang penuh dengan makhluk prasejarah.

via PropertyDesign

Selain itu, IKEA juga menampilkan koleksi RAVAROR, iaitu rangkaian produk yang memenuhi keperluan ruang kecil atau kehidupan di pangsapuri. Koleksi ini merangkumi pelbagai jenis produk yang dapat mengubah ruang kecil kepada ruang pintar dalam sekelip mata.

Menjalinkan Kolaborasi Baharu

via ScandAsia

IKEA telah menjalinkan kerjasama dengan Greyhound Original, satu label fesyen Thai yang terkenal untuk menghasilkan SAMMANKOPPLA iaitu koleksi ekspresif yang terhad. Menampilkan reka bentuk mewah dengan harga berpatutan, koleksi popular ini yang memperlihatkan adunan gaya jalanan Bangkok dan kepakaran perabot rumah IKEA kini boleh didapati di Malaysia.

via businessinsider.com

Selain itu, LEGO dan IKEA bakal mengujakan pengguna di Malaysia dengan koleksi kolaboratif mereka, BYGGLEK, yang bakal ditawarkan di semua gedung IKEA Malaysia pada awal tahun 2021.

via dezeen.com

Di samping itu, rangkaian EFTERTRÄDA yang sangat dinanti-nantikan juga akan ditawarkan bermula Disember 2020. Dikenali sebagai koleksi peminat IKEA. Rangkaian ini bercirikan koleksi pakaian dan aksesori yang memaparkan logo IKEA dan kod bar produk.

Memperkenalkan Sajian Baharu 

via 2cents

IKEA memperkenalkan sajian baharu dan menghidangkan semula sajian enak kegemaran ramai dalam menunya di Restoran dan Kafenya. Sajian Baharu termasuk Bebola Sayuran (Veggie Ball) yang akan tersedia pada tahun 2021. Sebagai versi baharu Bebola Daging ikonik IKEA, Bebola Sayuran ini ialah alternatif berasaskan tumbuhan yang lebih lestari untuk penggemar bebola daging.

via IKEA

Antara sajian enak kegemaran yang terdapat dalam menu termasuk Ayam Peri-Peri dengan Kentang Goreng dan Sayuran Campur, Rusuk Lembu Soya Madu, Filet Salmon dengan Medalion Sayuran dan Sos Mentega Lemon, dan Hot Dog Bolognese Ayam. Sajian ini tersedia ada untuk makan di Restoran IKEA atau dibawa pulang.

via IKEA

Dapatkan Katalog IKEA 2021 baharu dari mana-mana gedung IKEA  Malaysia sekarang juga! Ahli IKEA Family akan menerima baucar IKEA Family bernilai RM5* dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM300 di mana-mana gedung IKEA Malaysia mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2020.

via Tiendeo
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/36n23
Share22Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem