Nampaknya realme terus berkembang untuk menyediakan produk yang lebih letup pada setiap sirinya. Macam biasalah, setiap siri realme selalunya berjaya membuatkan anak muda di seluruh Malaysia ingin tahu tentang trendsetting teknologi dan reka bentuk yang ditawarkan.

Ya! Berita baik buat realme fan,  realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September 2020. Sama seperti sebelum ini, kali ini realme akan melancarkan peranti baru mereka menerusi dalam talian (live streaming) di Facebook rasmi realme pada jam 12 tengahari.

Dalam beberapa spesifikasi yang dibocorkan mengenai realme 7 dan realme 7 Pro , kami tertarik dengan salah satu kelebihan realme 7 dan realme 7 Pro yang satu ini. Kedua-duanya merupakan smartphone yang pertama lulus dari TÜV Rheinland, Smartphone Reliability Verification. 

Apa Itu TÜV Rheinland?

Mungkin ramai yang tak tahu pasal TÜV Rheinland. Ia adalah pengesahan atau sijil yang menyatakan bahawa realme 7 dan realme 7 Pro telah lulus melalui beberapa ujian.  Ujian tersebut merangkumi 22 ujian ketahanan utama dan 38 ujian kecil senario ekstrem.

TÜV Rheinland ini adalah sebuah badan pensijilan teknologi dari Jerman yang mengesahkan standard keselamatan dan kelayakan untuk produk, sistem pengurusan dan proses pembuatan.

IKLAN

Selain itu, pentingnya sijil ini bagi memastikan kualiti produk dan melindungi keselamatan pengguna. Mana tidaknya, sebelum ini banyak saja kes yang kita dengar telefon pintar meletup lah, terbakar di tangan lah, memang menakutkan. Jadi pengguna tidak perlu risau dan merasa ragu-ragu tentang keselamatan ketika menggunakannya.

Sijil ini akan menekankan kepada tiga senario penggunaan iaitu penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen, dan persekitaran yang ekstrim. Pengesahan ini memastikan bahawa telefon pintar realme bukan sahaja lebih baik digunakan, tetapi juga lebih tahan lama.

Spesifikasi Lain

Nak tahu apa beza realme 7 dan realme 7 Pro ? Secara ringkasnya, realme 7 memiliki skrin IPS berukuran 6.5 inci Full HD + 1080 x 2400 piksel. Refresh rate-nya berada di angka 90Hz, sementara touch sampling rate-nya mencapai 120Hz.

Chipset yang akan digunakan realme 7 adalah MediaTek Helio G95. Bateri yang digunakan mempunyai kapasiti 5,000 mAh.

Sementara itu, realme 7 Pro hadir dengan skrin berukuran lebih kecil 6.4 inci. Spesifikasinya masih sama dengan realme 7.

Chipset yang digunakan oleh realme 7 Pro juga berbeza dengan realme 7. realme 7 Pro menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 720G.

Perbezaan lainnya dari realme 7 dan realme 7 Pro adalah kapasiti baterinya. realme 7 memiliki bateri sebesar 5,000mAH sedangkan realme 7 Pro hanya 4,500mAh. Jadi mana satu pilihan anda, sama-sama kita nantikan hari pelancarannya pada 24 September ini.

IKLAN