Pada Isnin lalu, industri perfileman Indonesia menerima khabar duka apabila pelakon Ade Firman Hakim telah meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.

Disyaki Wabak COVID-19

Ade yang juga dikenali sebagai Raja Filem Televisyen (FTV) menerusi lakonannya meninggal dunia di Hospital Tarakan, Gambir, Jakarta pada jam 5.20 petang. Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital setelah dikhuatiri dijangkiti wabak COVID-19.

Dikebumikan Ikut Protokol COVID-19

Biarpun keputusan ujian Allahyarham belum dikeluarkan secara rasmi, namun menurut adiknya, Dai Tirta ahli keluarga akan mengebumikan jenazah pelakon itu di PU Tegal Alur mengikut protokol COVID-19.

“Mengikuti protokol Covid-19, di Tegal Alur. Saya meminta mendoakan yang terbaik buatnya serta maafkan kesilapan Allahyarham” Ujar Dai.

Dalam pada itu, Dai turut mendedahkan pada minggu lalu keadaan kesihatan abangnya semakin merosot namun masih boleh memegang telefon bimbit dan menghubungi rakan-rakan. Pelakon yang berusia 32 tahun itu popular menerusi filem Bebek Belur, Soekarno: Indonesia Merdeka, Midnight Show, Kalam Kalam Langit dan banyak lagi.

IKLAN