Apabila anda ingin merakamkan momen-momen penting dalam hidup anda, sudah semestinya anda mahukan kamera yang ringan dan kompak. Sony a7c adalah jawapannya!

Sony kini telah memperkenalkan Alpha 7C (a7c) kamera bingkai penuh yang kompak, bersama dengan lenza zoom 28-60mm F4-5.6 dan flash HVL-F28RM. Kamera ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada November 2020.

via Sony Malaysia

Kamera Bingkai Penuh Paling Ringan Di Dunia

Beratnya hanya sekitar 509g apabila bateri dan kad memori dipasang bersama. Sony a7c boleh dikatakan menjadi kamera full-frame yang paling ringan dan paling kompak di dunia.

via Sony Malaysia

Kualiti Gambar Yang Menakjubkan

Via Sony Malaysia

Walaupun saiznya kompak, ia masih mempunyai illuminated sensor Exmor R CMOS 24-MP 35 mm full frame, serta pemprosesan gambar BIONZ X yang hebat untuk kualiti gambar yang menakjubkan. Selain itu, a7c mempunyai julat ISO 50 hingga 204800, phase-detection autofocus system, Real-time Tracking dengan AI, dan banyak lagi.

via Sony Malaysia

Anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Sony a7c dan harganya? Sony Malaysia akan memperkenalkan kamera baru ini melalui laman Facebook Sony Malaysia pada jam 9.00 malam ini. Jangan ketinggalan okay!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry