Lilin aromaterapi banyak digunakan sebagai penawar untuk mendapatkan tidur yang sempurna terutama sekali bagi mereka yang sedang mengalami masalah sukar untuk tidur. Selain daripada menjadi sumber yang memberikan cahaya, lilin aromaterapi juga berguna untuk menghilangkan tekanan.

Kini, masalah pandemi Covid-19 boleh mencetuskan tekanan dan kegelisahan terutamanya ketika kita masih lagi di dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dan masih belum menang dalam menentang virus yang sedang melanda seluruh dunia ini. Namun, lilin aromaterapi boleh menjadi salah satu alternatif yang mengurangkan tekanan dan kegelisahan ini.

Lilin aromaterapi ini mengandungi pati minyak esensial dan diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk kita gunakan. Malahan ramai di antara kita yang semakin obses dengan lilin aromaterapi ini.

Seiring dengan kemodenan masa, lilin aromaterapi telah dipelbagaikan dan mempunyai banyak jenis aroma. Selain ianya digunakan bagi mengurangkan tekanan dan kegelisahan, ia juga mempunyai banyak manfaat lain. Jom kita lihat!

Melegakan Keletihan Mental

via Baituljannah.Com

Kebiasaannnya, kita akan mengalami keletihan mental dan fizikal setelah kita menjalani pelbagai aktiviti pada waktu siang dan waktu malam pula adalah waktu rehat yang sesuai dan sebagai jalan penyelesaian yang tepat bagi menghilangkan keletihan yang dialami.

Bagi mendapatkan tidur yang lebih sempurna, anda boleh menggunakan lilin aromaterapi sebagai penawar keletihan mental dan fizikal anda. Aroma lilin yang sesuai digunakan adalah aroma kayu putih, pudina dan rosemary kerana ia terbukti dapat melegakan fikiran dan tubuh badan anda.

IKLAN

Wujudkan Suasana Yang Selesa

via weddbook.com

Dengan menyalakan lilin aromaterapi, selain dapat membuatkan setiap ruangan berbau wangi, ia juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan tenang di dalam rumah. Kita juga dapat mencipta aroma yang selesa dan damai apabila menggunakan lilin aromaterapi. Anda boleh memilih aroma kayu manis, lavender atau vanilla bagi memeriahkan lagi suasana yang lebih selesa bila berada di dalam rumah.

Tidur Yang Lena Dan Santai

via yesdok.com

Bagi anda yang sedang mengalami masalah gangguan tidur atau insomnia, anda boleh menggunakan lilin aromaterapi untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Gangguan insomnia juga akan berkurangan kerana lilin aromaterapi boleh menjadi penawar semulajadi. Untuk mendapatkan tidur yang lena dan lebih santai, pilihan aroma lavender, melati dan chamomile sangat sesuai digunakan.

Meningkatkan Mood Dan Daya Tumpuan

via obatasamuratalami.net

Menghidu aromaterapi akan dapat mengubah mood seseorang malah boleh mempengaruhi aktiviti mental untuk meningkatkan daya konsentrasi. Sudah tentu bukan semua jenis aroma dapat memberikan kesan yang sebegini. Namun, anda boleh mencuba aroma sitrus atau buah bagi meningkatkan mood anda.

Melancarkan Hidung Yang Tersumbat Atau Sinus

via pelangikoilounge.com

Sekiranya anda mengalami masalah hidung tersumbat, selesema, alergi atau sinus, anda boleh menggunakan lilin aromaterapi dengan aroma kayu putih. Ia juga sangat sesuai untuk anda yang memerlukan lebih banyak tenaga.

Sekarang anda sudah pun tahu kebaikan dan manfaat lilin aromaterapi bukan? Namun, anda juga perlu berhati-hati agar tidak menggunakan lilin aromaterapi setiap hari. Kerana ada penyelidik di England yang mengatakan bahawa jika terlalu kerap menghidu aroma yang keluar dari lilin aromaterapi boleh merosakkan kesihatan paru-paru. Pemerintah di sana juga menasihatkan syarikat yang menghasilkan lilin aromaterapi untuk mengurangkan penghasilan dari lilin ini kerana kesan negatif terhadap kesihatan.