Kes bunuh diri dalam kalangan artis bukan lagi benda baru dalam kehidupan. Siapa sangka di sebalik kemeriahan dunia hiburan di Jepun, tersimpan pelbagai kisah duka, kepahitan, tekanan mental dan emosi yang terpaksa dilalui oleh bintang negara matahari terbit berkenaan. Berikut merupakan 4 artis Jepun yang meninggal dunia disebabkan bunuh diri.

Hana Kimura 

via CNA Lifestyle

Artis yang juga ahli gusti Jepun, Hana Kimura meninggal dunia pada usia 23 tahun pada hari Sabtu, 23 Mei 2020. Wanita berdarah Indonesia ini dilaporkan bertekad untuk mengakhiri hidupnya kerana sudah tidak tahan lagi menjadi mangsa buli siber oleh netizen setelah beliau tampil dalam program rancangan televisyen Terrace House. Ibu Hana Kimura iaitu Kyoko Kimura bersedia untuk membuat tuntutan pada kru Terrace House di atas kematian anaknya.

IKLAN

Haruma Miura

via Arama Japan

Haruma Miura adalah antara artis Jepun yang meninggal dunia disebabkan membunuh diri. Haruma ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Tokyo pada hari Sabtu, 18 Julai 2020 sekitar jam 1 tengah hari. Penemuan Haruma ini disebabkan rasa curiga kakitangan yang melihat beliau masih belum datang untuk bekerja.

via Youtube

Pelakon Attack on Titan ini dikejarkan ke hospital, tetapi nyawa beliau tidak dapat diselamatkan. Menurut laporan Haruma Miura mengakhiri hidupnya dengan menggantungkan diri. Haruma juga meninggalkan nota sebelum membunuh diri tetapi isi kandungan nota itu belum didedahkan pada umum. Sehingga sekarang, tidak dapat diketahui mengapa Haruma Miura mengakhiri hidupnya pada usia 30 tahun.

Maria Hamasaki

via Jakbar News

Maria Hamasaki meninggal dunia pada 26 Ogos 2020. Maria dilaporkan sudah tidak bernyawa ketika ditemui di apartment beliau di Tokyo, Jepun. Terdapat laporan mengatakan bahawa model yang berusia 23 tahun mati kerana membunuh diri kerana pihak polis tidak menemui sebarang luka pada tubuh badannya.

Kemudian terdapat spekulasi bahawa penyebab kematiannya adalah disebabkan buli siber yang dihadapinya di media sosial. Ada sumber yang mengakui pernah melihat Maria Hamasaki berdebat dengan netizen sebelum beliau meninggal dunia.

Sei Ashina

via NME.com

Kematian Sei Ashina pada usia 36 tahun juga menjadi misteri pada hari Isnin, 14 September 2020. Keluarganya menemui Ashina dalam keadaan tidak bernyawa dalam apartment beliau di Tokyo, Jepun. Penemuan mayat Sei Ashina disebabkan abangnya yang berasa curiga kerana tidak dapat menghubungi Sei Ashina sejak 13 September 2020. Sehingga kini, punca kematian Sei Ashina masih disiasat. Ashina juga tidak meninggalkan sebarang nota sebelum beliau meninggal dunia.